JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 2 September 2010

Yakjuj Dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung.


Tajuk; Yakjuj Dan Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung.
Penulis: Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko.
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd.

Sebuah karya berupa pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama Al-Quran, Taurat dan Injil dan dikupas secara tematik ilmiah. Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya teruja pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang. Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini malah yakin mereka memperolehi maklumat baru dalam menafikan tuduhan terhadap Al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah lampau. Kupasan pengarang menjadi lebih menarik apabila berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti pembentang surah al-Kahfi sebelum sampai kepada natijah interpretasi Yakjuj dan Makjuj.

Kandungan.
Bab 1. Mengenali Inskripsi Yahudi.

Bab 2. Suara-Suara Dari Padang Gurun Tentang Zulqarnain, Yakjuj Dan Makjuj.

Bab 3. Genealogi Yakjuj Dan Makjuj Dalam Inskripsi Yahudi.

Bab 4. Gerombolan Nomad Scythia Adalah Gog Magog.

Bab 5. Sejarah Timur Tengah Dan Yahudi. Penglibatan Bangsa Barbar Scythia.

Bab 6. Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Kerajaan Hitti, Urartu.

Bab 7. Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Samaria, Israel.

Bab 8. Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Nineveh, Assyria.

Bab 9. Serangan Yakjuj Dan Makjuj Ke Atas Jerusalem.

Bab 10. Nabi Ezekiel Memaklumkan Kedatangan Gog Magog.

Bab 11. Nabi Yunus Mengingatkan Tentang Yakjuj Dan Makjuj.

Bab 12. Nahum Dapat Melihat Dekatnya Kehancuran Nineveh.

Bab 13. Amos Dan Joel Mengibaratkan Keluarnya Gog Magog Seperti Serangan Belalang.

Bab 14. Peringatan Nabi Jeremiah Dan Kebebalan Bani Israel Tentang Bahaya Gog Magog.

Bab 15. Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Pada Akhir Zaman Dalam Inskripsi Yahudi.

Bab 16. Jawapan Atas Putar Belit Evangelis Barat Tentang Gog Magog.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...