JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 7 September 2010

Ke Arah Revolusi Islam.


Tajuk: Ke Arah Revolusi Islam.
Penulis: Kalim Siddique.
Penerbit: Islamic Book Trust

Apabila Dr. Kalim Siddiqui mencatatkan buku ini sebagai wasiat terakhir” beliau dalam Kata Pengantarnya, sedikit sekali yang menyedari kepentingan catatan itu, apatah lagi membayangkan yang beliau akan pergi sebaik sahaja buku ini diterbitkan. Beliau meninggal di Pretoria, Afrika Selatan pada 18 April 1996 selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa bertema Mewujudkan semula Tamadun Baru Islam”. Buku ini telah mendapat sambutan balk dan habis dijual dalam waktu dua hari.

Semenjak tahun 1978, Dr. Kalim telah memerhati dan meneliti Revolusi Islam di Iran. Beliau juga banyak menulis dan bercakap tentangnya. Buku ini bukanlah tentang Revolusi Islam di Iran. Da lam buku Ke Arah Revolusi Islam ini beliau menimbulkan hakikat Revolusi Islam di luar apa yang berlaku di Iran.

Revolusi Islam adalah fenomena yang tidak boleh dipisahkan dari proses evolusi masyarakat Islam. Dr. Kalim menyifatkan Revolusi Islam sebagai sebuah proses saintifik yang boleh berulang. Beliau percaya bahawa banyak Revolusi Islam baru sedang berjalan. Kesemua ini adalah sebahagian daripada penjanaan semula kuasa Islam.

Beliau menganggap kebanyakan daripada teologi Sunni dan Syiah adalah menyimpang dan memecah-belahkan. Beliau menegaskan adanya Ummah yang bersatu dalam mencapai destinasi unggul melalui Revolusi Islam yang berterusan.

Buku ini perlu dibaca oleh para aktivis pergerakan Islam dan mereka yang ingin memahami peristiwa dan proses yang berlaku di dunia Islam. Dr. Kalim Siddiqui adalah antara intelektual Islam yang terkemuka pada abad mi. Pemikiran beliau telah memberi kesan yang besar ke atas idea dan kaedah pergerakan Islam global. Beliau adalah pengasas Muslim Institute, London dan Parlimen Muslim Great Britain.

Kandungan.
rakata Penterjemah.

Kata Pengantar.

Pengenalan.

Bab 1. Peranan Revolusi Intelektual.

Bab 2. Proses Globalisasi.

Bab 3. Pemikiran Politik Muslim.

Bab 4. Ke Arah Satu Konsensus Gglobal.

Bab 5. Pergerakan Islam Dan Revolusi Separa.

Bab 6. Pergerakan, Kuasa Dan Pencapaian.

Bab 7. Revolusi Islam Dan Negara Islam.

Bab 8. Pertemuan Pada Teras: Khilafah-Imamah.

Hujungan: Proses Kesilapan, Penyelewengan, Pembetulan Dan Pertemuan Dalam Pemikiran Politik Muslim.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...