Tajuk: Perjuangan Al-Ghazali Menegakkan Kebenaran Dan Menghapuskan Kebatilan.
Penulis: Saleh Ahmad Al-Shami.
Penerbit: Perniagaan Jahabersa.
Al-Imam al-Ghazali adalah merupakan tokoh ulama' yang tidak asing lagi kepada umat Islam di seluruh dunia. Di mana sahaja kita pergi, nama beliau menjadi sebut-sebutan umat, walaupun pendirian umat Islam sendiri terhadap beliau berbeza-beza. Beliau adalah seorang tokoh mujaddid dan pejuang kebenaran yang tidak pernah merasa penat dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan tanpa mengira dari siapa ianya datang. Kepekaan beliau kepada masalah dan isu umat Islam tidak dapat dipisahkan dari kehidupannya.Kerana itu beliau tidak pernah segan untuk menyinsing lengan bajunya bagi membetulkan mana-mana kesalahan yang dilakukan di kalangan umat Islam baik yang menyentuh dalam masalah social, politik mahupun ekonomi.
Al-Ghazali adalah gambaran hidup seorang ulama' yang tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang beliau perolehi dalam sesuatu bidang, sebaliknya beliau meneroka ke dalam bidang-bidang yang lain yang diperlukan bagi menghadapi keperluan umat di zaman itu. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang berjaya menyerang dan menghapuskan kebatilan ajaran yang menyeleweng dari Islam dengan menggunakan senjata yang dimiliki oleh pelopor ajaran yang menyeleweng itu sendiri. Buku ini cukup baik untuk tatapan para pembaca budiman, khususya kepada para pecinta kebenaran dan berhasrat ingin melihat para ulama' mengikuti jejak langkah al-ghazali dalam menghadapi isu-isu baru yang muncul di alaf baru ini.
Kandungan
Perakuan Ulama Terhadap Ketokohan al-Ghazali
Kata Aluan Penterjemah
Pendahuluan
Pengenalan Penting
Bab 1. Keperibadian Al-Ghazali.
Fasal 1. Ringkasan Latar Belakang Sejarah Hidup.
Fasal 2. Pengetahuan Al-Ghazali.
Pengetahuan Yang Luas.
Pengkaji Yang Mempunyai Fikiran Yang Tajam.
Guru-Guru Al-Imam Al-Ghazali.
Karya-Karya Al-Ghazali.
Fasal 3. Keperibadian Yang Unggul.
Sifat Dan Kekuatannya.
Keinginan Yang Kuat.
Bangga Dengan Kemampuan Diri.
Fasal 4. Keluarga Al-Ghazali.
Fasal 5. Ucapan-Ucapan Al-Ghazali.
Bab 2. Munculnya Al-Ghazali
Fasal 1: Sejarah Ringkas.
Akidah Dan Ilmu Kalam.
Falsafah.
Batiniyyah.
Fasal 2. Ulama Islam.
Fasal 3. Peranan Al-Ghazali.
Fasal 4. Al-Ghazali Dan Ilmu Kalam.
Fasal 5. Al-Ghazali Dan Falsafah.
Mempelajari Ilmu Falsafah.
Daripada Mempertahan Kepada Menyerang.
Menghilangkan Kegusaran Terhadap Falsafah.
Pukulan Maut.
Kesimpulan Dari Gerakkerja Al-Ghazali.
Pendirian Ulama Terhadap Falsafah Al-Ghazali.
Fasal 6. Al-Ghazali Dan Al-Batiniyyah.
Bab 3. Al-Ghazali Dan Tasawwuf.
Pendahuluan Istilah-Istilah Tasawuf.
Fasal 1. Kenapa Perlu Bertasawwuf.
Muhasabah Diri .
Permulaan Perjalanan.
Hasil Penyelidikan.
Fasal 2. Tasawwuf Al-Ghazali.
Tasawwuf Tanpa Syeikh/Guru.
Tasawwuf al-Ghazali.
Tempoh Uzlah.
Tasawwuf Menurut Al-Ghazali.
Fasal 3. Kesalahan-Kesalahan Dan Penyelewengan Ahli-ahli Tasawwuf
Pendahuluan.
Kurangnya Ahli Tasawwuf Yang Sebenar.
Rosaknya Ahli-ahli Tasawuf.
Terpedaya Dan Jahil.
Syatah Dan Ittihad.
Menggugurkan Taklif Syarak.
Pemisahan Antara Hakikat Dengan Syariat.
Fasal 4. Kesan Pengaruh Al-Ghazali Dalam Tasawwuf.
Membetulkan Perjalanan Tasawwuf.
Kemestian Menuntut Ilmu.
Fiqh Dan Tasawwuf.
Kesalahan Menolak Dunia.
Tipu Daya Nafsu Yang Tersembunyi.
Bab 4. Kitab Ihya’ Ulumiddin.
Fasal 1. Pengenalan Kitab Al-ihya’.
Sepintas Lalu Tentang Ihya’ Ulumiddin.
Dorongan Mengarang Kitab Ihya’ Ulumiddin.
Teknik Penulisan Ihya’ Ulumiddin.
Fasal 2. Kedudukan Ihya’.
Pandangan Umum.
Pembersihan Jiwa.
Pembentangan Tajuk Yang Menarik.
Kehangatan Kalimah.
Fasal 3. Pendirian Ulama Terhadap Al-Ihya’.
Fasal 4. Kritikan Terhadap Kitab Al-Ihya’.
Para Pengkritik.
Hadith-Hadith Al-Ihya’.
Sumber-Sumber Al-Ihya’.
Kesalahan-Kesalahan Ahli-Ahli Sufi.
Pembakaran Kitab al-Ihya’.
Kesimpulan.
Fasal 5. Pengkritik-Pengkritik Al-Ghazali
Falsafah.
Mantiq.
Tasawwuf.
Karya-Karya Yang Disandarkan Kepada Al-Ghazali.
Pembohongan-Pembohongan.
Kritikan-Kritikan Kecil.
Bab 5. Tokoh Islah.
Fasal 1. Islah Dalam Lapangan Pemikiran.
Peranan Akal.
Menolak Taklid Beriltizam Dengan Al-Kitab Dan Al-Sunnah.
Beriltizam Dengan Manhaj Salaf.
Islah Pemikiran Umum.
Fasal 2. Ulama Alat Islah
Kedudukan Ilmu Pengetahuan.
Perletakkan Lafaz.
Fiqh.
Ilmu.
Tauhid.
Sifat Orang Alim.
Ulama Dan Sultan.
al-Ghazali Dan Para Sultan.
Matlamat.
Kafir Mengkafir.
Fasal 3. Tajdid Fiqh
Contoh Ibadat.
Contoh Muamalat.
Fasal 4. Fiqh Al-Awlawiyat.
Pendahuluan.
Ulama
Ahli Sufi.
Golongan Hartawan Masa.
Fasal 5. Islah Masyarakat.
Islah Pemikiran.
Membina Jati Diri.
Menolak Kezaliman.
Memerangi Kemungkaran.
Penutup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan