JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 1 November 2010

Sejarah Sosiobudaya Melayu.


Tajuk: Sejarah Sosiobudaya Melayu.
Penulis: Ishak Bin Saat.
Penerbit: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Buku ini membicarakan persoalan bangsa Melayu yang telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan sejak era sebelum merdeka sehingga ke pasca merdeka. Bermula dengan sebuah Pertuanan Melayu yang bebas dan merdeka di Alam Melayu, dan kemudiannya dijajah ratusan tahun oleh silih berganti kuasa-kuasa Barat seperti Portugis, Belanda, British dan juga Jepun. Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mulai bebas dan merdeka serta melalui sejarah tersendiri untuk terus maju ke abad 21. Buku ini mengajak dan mengingatkan para pembaca supaya tidak melupakan aspek sejarah sosiobudaya yang pernah dilalui oleh Malaysia agar ia dijadikan teladan dan sempadan. Kemajuan sesebuah bangsa itu seharusnya dipelajari dari sejarah kerana kelekaan dan pengabaian sejarah silam akan menyebabkan hala tuju Pertuanan Melayu mudah diganggu-gugat oleh musuh-musuh negara.


Kandungan

Prakata

Bab 1. Sejarah Mendewasakan Kita.

Bab 2. Maahad Ihya Al-Syarif Dan MPSI/SITC Dalam Era Perjuangan Kemerdekaan.

Bab 3. Pertuanan Melayu. Halatuju Politik Kepimpinan Melayu Warisan Timur Tengah Sebelum Merdeka.

Bab 4. Sejarah Kebangkitan Islam Di Malaysia Sepintas Lalu.

Bab 5. Pemikiran Masyarakat Melayu: Pertentangan Pemikiran Melayu Dan Islam.

Bab 6. Gerakan Dakwah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Di Daerah Manjung, Perak 1977-1990. Tribulasi dan Perjuangan.

Bab 7. Sejarah Perkembangan Teknologi Dalam Sektor Ekonomi Pertanian Di Malaysia

Bab 8. Kaitan Antara Bahasa Melayu Dengan Bahasa Austronesia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...