Tajuk: Tausuq Dan Kesultanan Sulu.
Penulis: Asreemoro.
Penerbit: Asreemoro Studio & Enterprise.
Mengapa kita perlu membicarakan kedatangan Islam ke Sulu terlebih dahulu? Apakah relevannya dan apakah kepentingannya terhadap masyarakat Tausug dan kepulauan Sulu? Hanya satu jawapan yang boleh diberikan terhadap semua persoalan di atas. Tanpa Islam maka tiadalah apa-apanya orang Sulu itu. Tanpa pancaran nur (ajaran) Muhammad s.a.w yang menyinari hati-hati orang Tausug itu maka tiadalah kegemilangan mereka itu tercatat dalam lipatan sejarah seperti yang kita ketahui hari ini.
Tiada siapa pun di kalangan orang Tausug yang boleh menyangkal bahawa agama Islamlah yang menyebabkan mereka mulia, terbilang dan gemilang. Hinggakan selama beberapa kurun lamanya tidak dapat dikalahkan mahupun dijajah oleh musuh mereka hingga ke hari ini. Setakat setipis bawang pun iman mereka, tetap menyatakan mereka mempertahankan negara dan bangsa mereka dari kuffar itu adalah disebabkan perintah Allah dan rasul-Nya dan kiranya mereka mati kerananya maka syahidlah mereka.
Kandungan.
- Mukadimah.
- Penjelasan Istilah.
- Asal Usul Orang Tausug.
- Asal Usul Orang Bajao Dan Kaum-Kaum Lain.
- Islam Di Sulu.
- Tausug Bangsa Pembela.
- Perang Moro Dalam Sejarah.
- Kesultanan Sulu (Pewarisan).
- Kesultanan Sulu Termansuh?.
- Pewaris Kedua.
- Pulau Janggi (Bukti).
- Salasilah Kesultanan Sulu.
- Salasilah Maharaja Adinda (Aranan).
- Harta Perbendaharaan Negara Kesultanan Sulu (Harta Karun Yamashita).
- Tuntutan Filipina Terhadap Sabah.
- Isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).
- Sebelum Dan Selepas Pemajakan Borneo Utara.
- Rakyat Sulu (Moro) Bukan Rakyat Filipina.
- Masalah Pelarian Sulu Di Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan