JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 2 Julai 2010

Akhbar Dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar Di Malaysia Sejak 1806.


Tajuk: Akhbar Dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar Di Malaysia Sejak 1806.
Penulis: Dr. Safar Hasyim.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.

Akhbar dan Kuasa membincangkan tentang sistem akhbar di Malaysia, khususnya berkaitan dengan undang-undang dan peraturan yang mencakup tempoh hampir 200 tahun. Sebagaimana yang dibicarakan di dalam buku ini, akhbar bermula dengan kedatangan Inggeris ke Pulau Pinang. Penerbitan akhbar pertama The Prince of Wales Island Gazette di Pulau Pinang berkait rapat dengan lahirnya peraturan dan undang-undang akhbar di negara ini. Peraturan dan undang-undang akhbar yang diperkenalkan di negara ini boleh disusur-galur di India, iaitu tempat bermulanya pengenalan peraturan dan undang-undang akhbar.

Selain mengetengahkan asas kewujudan peraturan dan undang-undang, buku ini juga menyusur-galur perkembangan undang-undang akhbar dalam konteks kuasa-kuasa yang terlibat, iaitu kuasa-kuasa eksekutif, perundangan, kehakiman, akhbar, dan rakyat. Konfigurasi kuasa-kuasa ini mencorakkan sistem akhbar bagi negara ini.

Kandungan

Senarai Kes Yang Dirujuk.

Senarai Status Yang Dirujuk.

Penghargaan.

Sekapur Sirih.

Bahagian 1. Pendahuluan.

Bahagian 2. Permulaan Sistem Alchbar 1806-1867.

Bahagian 3. Kuasa Melalui Undang-Undang 1867-1941.

Bahagian 4. Zaman Peralihan 1942-1957.

Bahagian 5. Zaman Merdeka 1957-1990.

Bahagian 6. Penutup.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...