JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 5 Julai 2010

Pemikiran Za’ba Dalam Falsafah Taqdir.


Tajuk: Pemikiran Za’ba Dalam Falsafah Taqdir.
Penulis: Nordi Achie.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

Pada awal abad ke 20 senario politik dunia telah dikuasai oleh imperialis Barat dan seluruh dunia Islam serta Nusantara turut terlibat. Pada masa yang sama Bumiputera Melayu seperti pasrah terhadap penjajahan, kemiskinan serta kemunduran dan menganggapnya sebagai suratan takdir. Timbul persoalan sama ada pegangan sedemikian bertepatan dengan ajaran Islam. Mengapakah Tuhan pula yang dipersalahkan? Begitu kejamkah Tuhan lantas mentakdirkan mereka dijajah, dihina dan diperhambakan? Bersabit dengan hal ini muncul Za’ba meleraikan stigma duniawi bangsa Melayu yang silap dalam memahami iktikad takdir. Insaf akan hakikat ini, Za’ba bangkit mengkritik pemikiran bangsa Melayu yang nyata terpesong.

Kandungan.
Prakata.
Prawacana.

Bahagian 1. Latar Belakang Za’ba (1895-1973)

Bahagian 2. Umbi Kemajuan Atau Falsafah Takdir (1932): Ulasan Dan Kepentingan.

Bahagian 3. Analisis Pemikiran Za’ba Terhadap Iktikad Nasib Dan Iktikad Takdir

Bahagian 4. Za’ba Sebagai Pendeta Takdir Dan Teologis Progresif

Bibliografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...