JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Ahad, 4 Julai 2010

Krisis Pemikiran Moden.


Tajuk: Krisis Pemikiran Moden.
Penulis: Taha Jabir al-’Alwani.
Penerbit: Thingker’s Libery.

Ilmu Sosial yang dikembangkan oleh kesarjanaan Barat jelas mencerminkan falsafah atau dasar pemikiran Barat itu sendiri. Akibatnya, para sarjana Muslim yang sedang mengkaji pelbagai bidang ilmu-ilmu sosial dilanda kebingungan menghadapi satu realiti yang bertentangan antara konsep Islam dan konsep Barat tentang ilmu. Islam memandang sumber ilmu adalah wahyu dan alam semesta, sunnatullah, yang dapat dipelajari dengan menggunakan akal dan kalbu. Sedangkan Barat mengabaikan wahyu sebagai sumber ilmu pengetahuan. Kesannya, pengkajian sains kemanusiaan dan sosial di Barat hanya berdasarkan kepada apa yang dianggap sebagai ”kaedah ilmiah” semata-mata. Oleh itu, pandangan ilmu-ilmu sosial Barat terhadap manusia baik sebagai individu atau sebagai anggota masyarakat dan pengkajian mereka tentang hubungan-hubungan sosial dan kemanusiaan, terasa cetek dan kering.

Bertolak daripada kenyataan di atas, perbincangan, diskusi ilrniah dan pembahasan yang bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian mengenai isu pemikiran tersebut diperlukan. Jika tidak, krisis pemikiran, kebudayaan dan tamadun umat tidak akan dapat diatasi. Dalam usahanya untuk mengatasi krisis pemikiran inilah HIT (Institut Pemikiran Islam Antarabangsa) mengajukan gagasan alternatif dengan ”membaiki kaedah berfikir” menerusi ”pengislaman ilmu”.

Kandungan.
Kata Pengantar.

Muqaddimah.

- Dua Permasalahan Asas.

- Keperluan Terhadap Pemikiran.

- Pengertian Berfikir.

- Kaedah Berfikir.

- Pengertian Pengetahuan.

- Beberapa Masalah Pemikiran.

- Gambaran Krisis Pemikiran.

- Cara Pemulihan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...