Tajuk: Hizbullah Menebus Maruah Umat.
Penyelenggara: Saadon Aksah Dan Muhammad Nor Abd Samad
Penerbit: Harakah Buku.
Sejarah berkali-kali mengajar kita bahawa penjajah sebenarnya adalah manusia pengecut. Mereka bersedia membunuh orang lain dengan sewenang-wenang, tetapi tidak berupaya menanggung risiko apabila anggota mereka dibunuh. Dengan latar belakang Lubnan yang majmuk hasil daripada amalan pemisahan masyarakat oleh penjajah Perancis sebelum ini, Hizbullah terpaksa berhadapan dengan pelbagai kelompok dan pihak selain Israel itu sendiri. Kaum minoriti Kristian Maronite dijadikan berkuasa oleh penjajah sebelum ini, sementara kelompok majoriti umat Islam terbahagi kepada Sunni dan Syiah, dengan puak Druze di satu pihak yang lain. Justeru, tidaklah memeranjatkan sekiranya Lubnan terjerumus ke dalam kancah Perang Saudara yang mengorbankan puluhan ribu rakyatnya pada dekad 1970-an. Lebih malang, kelompok bermazhab Syiah juga berpecah dengan kumpulan bersenjata Amal mendakwa memegang kepimpinan masyarakat, sekali gus menolak peranan mahupun kewujudan Hizbullah. Dalam suasana berkecacmuk dan penuh duri inilah Hizbullah mengatur langkah dan merancang kebangkitannya.
Kandungan
Prakata Penerbit
Nota Editor
Kronologi peristiwa penting
Peta
Pengenalan:
Hizbullah sebagai model gerakan Islam
> Iqbal Siddiqi.
Bagaimana semuanya bermula
> Khalil Osman
Modus operandi gerakan pembebasan pimpinan Hizbullah
> Khalil Osman
Kepimpinan, komitmen dan keberanian: asas kejayaan
> Zafar Banggash.
Faktor-faktor kejayaan Hizbullah di selatan Lubnan
> Khalil Osman
Kemenangan Hizbullah dan komitmen pada Sirah
Menabur rasa takut di hati pengikut syaitan
> Zafar Banggash.
Tidak sekadar membela golongan tertindas
> Shameema Ismail
Ziarah ke wilayah yang dibebaskan daripada cengkaman Zionis
> Muammar Ansari.
Mengenang penyembelihan rakyat Palestin di Sabra dan Shatilla
> Zafar Banggash.
”Tidakkah kamu mahu berjuang menentang mereka yang memungkiri janji...
> Syeikh Sayyid Hasan Nasrullah
Perjuangan rakyat Palestin
> Syeikh Sayyid Hasan Nasrullah
Amaran terakhir buat Zionisme
> Syeikh Sayyid Hasan Nasrullah
Rumusan Pengarang:
> Hizbullah: Penyelesaian kepada masalah Arab-Israel
Epilog: Negara sementara, ibu negara abadi
> Kalim Siddiqi.
Apendiks: Dari Kortina ke pentas dunia
> Syeikh Sayyid Hasan Nasrullah
Glosari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan