Tajuk: Orang Melayu: Masalah Dan Masa Depannya.
Penulis: Syed Husin Ali.
Penerbit: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.
Dalam mengupas persoalan susur galur sesebuah masyarakat dan kaitannya dengan pembinaan sesebuah negara, maka isu yang menyentuh rumpun Melayu secara khususnya menarik minat pelbagai kumpulan pengkaji sosio-budaya dan sejarah dari dalam dan luar negara. Kajian yang terkandung dalam buku ini pula adalah berperanan untuk menyumbang kepada perbendaharaan ilmu dan kefahaman yang lebih mendalam tentang orang Melayu dalam membina sebuah tamadun serta cabarannya dalam sebuah negara. Mauduk yang sebegini besar dan kompleks sebenarnya telah dikupas dengan baik oleh Dr Syed Husin Ali menerusi buku ini dengan bahasa yang mudah difahami dan contoh-contoh yang amat dekat dengan pembaca. Persoalannya identiti, sejarah perjuangan, kaitan orang melayu dengan Islam, kedudukan ekonomi, pembangunan dan kerencaman hubungan antara orang melayu di Malaysia dengan kaum-kaum yang lain juga dibincangkan. Latar belakang akademik, pengalaman dan warna-warna kehidupan beliau adalah penyumbang utama kepada susun atur, perspektif dan intipati penulisan ini.
Kandungan.
Bab 1. Melayu.
Bab 2. Sejarah.
Bab 3. Politik.
Bab 4. Agama
Bab 5. Masyarakat
Bab 6. Ekonomi
Bab 7. Pembangunan
Bab 8. Masyarakat Majmuk
Bab 9. Kesimpulan
Jadual.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan