Tajuk: Karya Klasik Melayu Islam.
Penulis: Mahayuddin Hj Yahaya.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kajian terhadap manuskrip Melayu merupakan aspek penting dalam bidang Pengajian Melayu. Hal ini mendapat perhatian khusus di kalangan sarjana-sarjana Barat. Hasilnya, benua Eropah menjadi khazanah manuskrip Melayu sejak zaman berzaman. Orang Belanda telah mendahului bangsa-bangsa lain di Eropah dalam bidang pengkajian manuskrip Melayu. Ribuan manuskrip Melayu telah dibawa ke Eropah bagi tujuan tersebut. Hasil tulisan para ulama silam telah dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji di Eropah dan di luar Eropah. Dalam khazanah ilmu itu tersirat pelbagai hikmah yang boleh dijadikan contoh dan teladan.
Menyedari hakikat ini, penulis cuba mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuklah Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran ulama-ulama silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan dalam bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanfaat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang.
Kandungan.
Prakata.
Pendahuluan.
Bab 1. Manuskrip Melayu Tentang Islam di Eropah.
- Latar belakang kemunculan manuskrip Melayu.
- Zaman HinduBuddha.
- Zaman Islam.
- Penulisan manuskrip Melayu Jawi.
- Pengaruh Arab/Islam.
- Sifat manuskrip Jawi.
- Pengkatalogan manuskrip Melayu di Eropah.
Bab 2. Transliterasi.
- al-Muntahi.
- Kasyf al-Muntazar.
- al-Risalah.
- Aqidah al-Awam.
- Hadis-hadis Nabi.
- Transliterasi: al-Muntahi.
Glosari.
- Transliterasi: Kasyf al-Muntazar li-Ma Yarahu al-Muhtadar.
Glosari.
- Transliterasi: al-Risalah.
Glosari.
- Transliterasi: Aqidah al-Awam.
Glosari.
- Transliterasi: Hadith-hadith Nabi.
Glosari.
Bab 3. Data Naskhah.
- Data Naskhah dan Huraian Ringkas.
Rumusan.
Lampiran.
Bibliografi.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan