Tajuk: Kewibawaab al-Tafsir Dan al-Hadith.
Penyunting: Jawiah Dakir.
Penerbit: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pentafsiran al-Quran dan hadis yang berbeza sering mencetuskan polemik dan sengketa di kalangan umat Islam. Meskipun Islam menganjurkan musyawarah dan menekankan konsep syura, umat Islam terus berselisih pendapat dalam soal cabang dan ranting serta melupakan soal pokok. Sejak Islam diturunkan hingga ke hari ini, sudah beberapa kali kewibawaan institusi hadis digugat malah cuba diruntuhkan. Berkali-kafr pula penggunaan hadis ditolak dan umat Islam disaran hanya bergantung kepada al-Quran. Namun demikian hadis dan sunnah terus diterima sebagai sumber kedua dalam perun dangan Islam. Islam dalam sejarahnya terus berkembang dan melahirkan ramai tokoh pentafsir al-Quran seperti Ibn Kathir dan perawi hadis seperti Hisham bin Ammar. Pada hakikatnya, dalam sejarah peradaban Islam, ulama dan sarjana Islam pernah berbeza pendapat dalam soal al-Sunnah, al-Hadith, al-Khabar dan al-Athar. Senario ini wujud kerana Ilmu-ilmu dalam Islam tidak terlepas daripada perbezaan penclapat di kalangan ulama dan sarjananya yang mempunyai bidang kepakaran dan aliran pemikiran yang berbeza.
Kandungan
Senarai Penyumbang
Penghargaan
Pengenalan
Bab 1. Al-Tafsir Bi al-Ra’yi.
> Othman b. Muhamed.
Bab 2. Pendekatan Ibn Kathir Dalam Mentafsirkan al-Quran.
> Mohd. Zawawi Abdullah.
Bab 3. Perbandingan Antara al-Sunnah, al-Hadis, al-Khabar Dan al-Athar.
> Jawiah Dakir.
Bab 4. Beberapa Kekeliruan Tentang al-Sunnah.
> Udah Mohsin.
Bab 5. Perawi Hadis Hisham Bin Ammar.
> Ibrahim Abu Bakar.
Bab 6. Konsep Tauhid Dalam Zaman Awal Islam.
> Zakaria Stapa.
Bab 7. Berpegang Dengan al-Sunnah Menurut al-Quran.
> Udah Mohsin.
Bab 8. Berpegang Dengan al-Sunnah Menurut Hadis.
> Udah Mohsin.
Bab 9. Berpegang Dengan al-Sunnah Menurut Ulama.
> Udah Mohsin.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan