Tajuk: Permata Pengislahan Perundangan Islam: Biografi Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Ahmad Mohamed Ibrahim.
Penyelenggara: Abdul Monir Yaacob, Mahamad Arifin, Najibah Mohd Zin, Siti Shamsiah Md Sopi.
Penerbit: MPH Group Publication.
Biografi ini memuatkan liku-liku kehidupan Profesor Ahmad Mohamed Ibrahim yang merangkumi sejarah awal hidupnya sehinggalah kepada pendidikan yang beliau terima. Ia turut mengisahkan perjuangan beliau dalam memartabatkan undang-undang Islam di Singapura dan Malaysia khususnya.Pembaca akan bersama-sama merasai pengalaman serta ranjau perjalanan perjuangannya yang pernah dilalui bersama rakan yang sealiran dan seperjuangan dengannya. Di hujung hayatnya banyak yang talah beliau lakukan dan undang-undang Islam di negara ini dapat dirasakan telah terbangun. Cita-cita beliau yang diletakkan di puncak hasrat adalah memartabatkan perundangan Islam dalam sistem kehakiman yang bersifat sekular. Bagi sesetengah orang ia hanyalah suatu angan-angan tapi bagi insan yang bernama Ahmad ini, cita-cita yang amat luhur ini harus diusahakan sekali pun ia menuntut pengorbanan yang cukup tinggi nilainya. Sehingga nafas terakhirnya dia masih mendaki ke puncak hasrat. Banyak perubahan yang telah beliau lakukan sehingga ia mendekatkan lagi kepada matlamat dan cita-cita perjuangan beliau.
Kandungan.
Perutusan.
Penghargaan.
Pengenalan.
Bab 1. Metodologi Penyelidikan.
Bab 2. Latar belakang Keluarga.
Bab 3. Pendidikan Profesor Ahmad Ibrahim.
Bab 4. Kerjaya di Singapura.
Bab 5. Kerjaya di Malaysia.
Bab 6. Penulisan Profesor Ahmad.
Bab 7. Sumbangan dalam Bidang Akademik.
Bab 8. Penglibatan dalam Pelbagai Jawatankuasa.
Bab 9. Sumbangan Profesor Ahmad dari aspek Kehakiman.
Bab 10. Sumbangan dalam Perundangan.
Bab 11. Lawatan ke Luar Negara.
Bab 12.Ahmad Ibrahim: ’In The Service Of Islam’.
Senarai Responden Kajian Biografi Profesor Ahmad Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan