Tajuk: Transformasi Fiqh Semasa: Evolusi Hukum Islam.
Penulis: Prof. Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Keperluan kepada hukum Islam semasa bagi menjawab persoalan hidup semasa dalam masyarakat Islam pada hari ini sangat-sangat dirasakan. Di bawah pengaruh dunia baru dengan segala kemajuannya, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun sains dan teknologi, hampir semua perkara dalam kehidupan moden sekarang ini telah berubah. Sekiranya syariat Islam hanya agama semata-mata, segala perubahan ini mungkin tidak merupakan cabaran besar terhadap corak amalannya. Kerana ritual keagamaan biasanya tidak tertakluk kepada apa-apa perubahan masyarakat memandangkan sifat dan nilainya yang dogmatik. Tetapi Islam lebih besar daripada agama semata-mata dalam konsep di atas. Ianya suatu dasar hidup. Oleh kerana hidup manusia ini berkembang maka cabaran yang terpaksa dihadapi ialah pengembangan tafsiran dan amalannya agar sesuai dengan keperluan setiap perkembangan yang ada.
Kandungan.
Fasal 1. Menangani Pemikiran Hukum Islam Semasa.
Fasal 2. Pandangan Al-Qaradhawi Tentang Ijtihad Kontemporari.
Fasal 3. Ijtihad Dan Fatwa Semasa.
Fasal 4. Keperluan Kepada Penyelidikan Ilmiah Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa.
Fasal 5. Kepentingan Penyelidikan Dalam Pengeluaran Fatwa.
Fasal 6. Keperluan Kepada Ijtihad Dalam Menentukan Hukum Islam Semasa.
Fasal 7. Keperluan Kepada Islah Dalam Pembinaan Fikah Semasa.
Fasal 8. Pengaruh Timbal Balik Antara Hukum Dan Budaya.
Fasal 9. Fikah Keutamaan Dan Kesannya Dalam Ijtihad Dan Fatwa Masa Kini.
Fasal 10. Ijtihad Dan Cabaran Globalisasi.
Fasal 11. Hukum Islam Semasa Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran.
Fasal 12. Fatwa Dan Isu Semasa: Masalah Dan Cabaran Di Malaysia.
Fasal 13. Ijtihad Dan Fatwa Pada Abad Ke-21: Keperluan Kepada Fikah Semasa Beroreantasikan Tempatan.
Fasal 14. Ke Arah Pembentukan Fiqh Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan