JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 1 April 2011

Bila YB Berbicara Parlimen Islam.


Tajuk: Bila YB Berbicara Parlimen Islam.
Penulis: Fathi Yakan.
Penerbit: Syabab Global.

Cabaran pentadbiran berkonsepkan Islam begitu kuat dirasakan pada masa kini dengan berbagai halangan dan rintangan yang perlu ditempuh oleh seorang pejuang Islam. Justeru buku ini menjelaskan fungsi dan peranan mereka serta memapar penerapan nilai-nilai Islam yang perlu ada dalam sesebuah sesebuah pentadbiran yang dinamik, efektif dan relatif. Oleh itu, perlunya usaha menjelaskan tentang matlamat dan halatuju yang dimainkan oleh perwakilan Islam tersebut untuk menafikan tanggapan masyarakat yang memandang sinis tentang keupayaan sistem Islam. Moga usaha tersebut berhasil dengan bantuan Allah s.w.t. Justeru, peranan dan fungsi siasah ini perlu difahami oleh semua yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan visi dan misi sesebuah gerakan Islam, supaya setiap gerak kerja yang dilakukan mampu difahami, dilaksanakan dan pentingnya dijelaskan kepada masyarakat umum. Oleh itu, pendekatan terhadap keupayaan melaksanakan sesuatu perkara itu bukanlah nilaian utama sebaliknya bergantung sejauh mana perwakilan umat Islam itu berjaya meyakinkan sistem pentadbiran yang ada demi kesejahteraan negara.

Kandungan.

Bahagia 1. Konsep Dan Pandangan Mengenai Fiqh Politik Dan Parlimen.
- Kenapa Aktivis Islam Mesti Menyertai Dewan Legislatif?.

- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Politik Menurut Islam?.

- Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Parlimen?.

- Faktor-Faktor Kejayaan Aktivis Islam Dalam Kegiatan Parlimen.

- Beberapa Aspek Keunggulan Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen.

- Penyertaan Aktivis Islam Dalam Parlimen Menggugurkan Anggapan Keganasan Projek Islam.

- Penyertaan Dalam Parlimen Sebagai Salah Satu Pilihan Projek Islam, Bukan Merupakan Ganti Kepada Seluruh Pilihan Yang Sedia Ada.

- Beberapa Contoh Pencapaian Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen.

- Hubungan Antara Kegiatan Parlimen Dan Matlamat-Matlamat Berperingkat.

- Antara Kegiatan Parlimen Dan Fiqh At-Taskhir (Manfaat).

- Kepentingan Pematangan Antara Berbagai Kumpulan Islam Dan Bukan Islam.

- Membuat Pakatan Dengan Berbagai Kumpulan Islam Dan Bukan Islam.

- Beberapa Rintangan Tempatan Dan Global Yang Menghalang Penyertaan Aktivis Islam Dalam Parlimen.

- Sikap Aktivis Islam Dalam Parlimen Terhadap Konspirasi Barat Dan Zionisme.

- Antara Kegiatan Aktivis Islam Dalam Parlimen Dan Projek Islam Antarabangsa.

- Peranan Tanzim (Perancangan Dan Pertubuhan Gerakan Islam) Dalam Mencapai Kejayaan Kegiatan Aktivis Islam Pada Parlimen.

Bahagian 2. Beberapa Langkah Dalam Menghadapi Pilihan Raya..
- Nasihat-Nasihat Syar'ie Untuk Para Pengundi Dalam Pilihanraya.

- Tetap Berjuang Sehingga Mencapai Kejayaan Atas Izin Allah.

- Seruan Kepada Seluruh Penyokong Kami Di Tripolis Dan Wilayah Utara.

- Sekalung Janji Dan Terima Kasih.

- Apa Yang Berlaku Setelah Menyatakan Sokongan Terhadap Projek Politik Islam.

- Membina Lubnan Merupakan Projek Islam Kami.

Bahagian 3. Lampiran Dokumen.
- Alasan-Alasan Syar'ie Yang Membenarkan Penyertaan Dalam Pilihanraya.

- Program Pilihanraya Bagi Calon-Calon Parti Al-Jamaah Al-Islamiah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...