JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Ahad, 4 Mac 2012

Hujah Sains Islam.

Tajuk: Hujah Sains Islam.
Penulis: Ziaudin Sardar.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Sudah menjadi kepercayaan umum di kalangan ahli-ahli sejarah sains Barat dan sarjana Islam yang apologetik bahawa ahli-ahli sains kini bergantung pada ahli sains zaman dahulu khususnya ahli sains dari Greek dan ahli-ahli sains Islam apabila mereka membina ilmu pengetahuan. Pernyataan ini ada kebenarannya. Newton telah menjalankan kajiannya berdasarkan kerja-kerja yang dibuat oleh al-Haitham, Harvey pula telah mencedok ciptaan Ibn Nafis, manakala Kap ler pula mengkaji bersungguh-sungguh penyelidikan yang dibuat oleh al-Battani, al-Biruni dan ahli-ahli astronomi Islam lain yang terkenal. Tetapi seperti yang telah saya bincangkan, ahli-ahli sains Islam telah melakukan kerja-kerja dalam kerangka pandangan hidup yang sama sekali berbeza. Corak dan gaya sains mereka boleh dikatakan berbeza daripada cara sains yang diamalkan pada hari ini biarpun jika beberapa hasil mereka menjadi asas peningkatan sains Barat. Perbezaan yang besar adalah dalam sistem kepercayaan. Sains Islam mempercayai wahyu dan menganggapnya sebagai salah satu cara untuk menghampiri Tuhan, manakala ahli sains Barat mempercayai kerasionalan dan menolak semua bentuk pengetahuan lain yang dianggap karut.

Kandungan

Prakata

Pendahuluan

Hujah 1: Perbezaan Tamadun Telah Mewujudkan Sains Yang Berbeza-Beza

Hujah 2: Sains Islam dalam Sejarah Mempunyai Satu Identiti Tersendiri Yang Digambarkan Di Dalam Sifatnya Yang Unik Dan Ciri-Cirinya Yang Tertentu

Hujah 3: Sains Barat Merosakkan Dan Mengancam Kesejahteraan Manusia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...