JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 20 September 2011

Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara.

Tajuk: Epigrafi Islam Terawal Di Nusantara.
Penulis/Penyelenggara: Othman Mohd. Yatim Dan Abdul Halim Nasir
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buku ini memperjelaskan dengan terperinci tentang kepentingan batu nisan dan batu peringatan bagi menerangkan kewujudan masyarakat Islam di alam Melayu dan tarikh tersebarnya agama Islam di daerah ini. Dengan ini, kedua-dua penulis mendedahkan pelbagai fakta baharu yang ditemui tentang sejarah Islam di berbagai-bagai daerah di Kepulauan Melayu. Umpamanya, penemuan baharu tentang kewujudan sebuah kerajaan Islam di alam Melayu yang lebih awal daripada Pasai iaitu Brunei Darussalam. Buku ini juga memperkatakan tentang kemungkinan Islam berkembang ke Brunei melalui negara China. Di samping fakta baharu yang diketengahkan seperti di atas, penulis buku ini juga menggalurkan penemuan batu bersuarat di beberapa daerah di kepulauan Melayu dan dihubungkan dengan fakta-fakta sejarah yang sudah bertulis. Kajian lain yang menarik dilakukan oleh penulis buku ini ialah percubaan mengguna bahan epigrafi untuk membuat analisis terhadap aliran sufi yang berkembang di beberapa daerah di Kepulauan Melayu pada masa lalu. Di samping itu, unsur kesenian Islam juga mendapat perhatian serius masyarakat Islam apabila mereka mengukir batu-batu bersurat tersebut, sedangkan aspek seperti ini kurang dititikberatkan lagi ini.

Kandungan.

Kata Pengantar.

Penghargaan.

Singkatan.

Bab 1. Pendahuluan.

Bab 2. Pengenalan Tulisan Arab Ke Nusantara.

Bab 3. Epigrafi Buku Sejarah Kedatangan Islam Ke Nusantara.

Bab 4. Taburan Batu-Batu Bersurat Di Nusantara.

i. Indonesia: Acheh Dan Jawa.

ii. Malaysia

iii. Brunei.

Bab 5. Analisa Tulisan Pada Batu Bersurat.

Penutup

Bibliografi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...