JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 29 September 2011

Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh, Karya, Institusi.

Tajuk: Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh, Karya, Institusi.
Penulis: Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Penerbit: Jabatan al-Quran Dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Buku 'Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi' merupakan sebuah buku yang memaparkan sejarah perkembangan pengajian hadith di Malaysia yang telah bermula sejak awal kurun ke 20. Buku ini mengupas mengenai sumbangan tokoh-tokoh ulama Melayu dalam pengajian Hadith melalui karya-karya penulisan mereka seterusnya institusi-institusi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyebaran hadith seperti masjid, pondok, sekolah agama sehinggalah diperingkat institusi pengajian tinggi. Antara tokoh ulama Melayu yang diperkenalkan dalam buku ini sebagai tokoh yang menyumbang dalam pengajian hadith di Tanah Melayu ialah Syeikh Abdul Halim Hadi, Abu Bakar Palestin, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Mustafa Abdul Rahman dan ramai lagi. Buku ini juga turut mengupas karya hadith tulisan jawi antaranya Ilham al-Bari, Tajzib Atraf al-Hadith, Bahr al-Madhi, dengan Guru Sahih Bukhari dan Muslim, Bulugh al-Maran terjemahan melayu dan sebagainya. Buku ini turut memuatkan maklumat mengenai sumbangan institusi formal dan tidak formal dalam pengajian hadith seperti Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok Kelantan, Pondok al-Madrasah al-Latifiyyah, Pondok Lubuk Tapah, Madrasah Miftah al-Ulum Bandar Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar, Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kandungan

Kata Aluan Ketua Jabatan

Kata Aluan Ketua Projek

Kata Pengantar

Pengenalan

Pengajian Hadith di Malaysia

Tokoh Dan Karya

al-Jawhar al-Mawhub Syeikh Ali Abdul Rahman al-Kalantani (1820M-1912M)

Karya-karya Hadith al-Marbawi (1896M-1989M)

Karya-karya Hadith Mustafa Abdul Rahman (1918M-1968M)

Karya-karya Hadith Syeikh Abdul Halim Hadi (1904M-1981M)

.Karya-karya Hadith Abu Bakar Palestin (1908M-1998M)

Mastika Hadith: Sheikh Abdullah Basmeih (1913M-1996M)

Pelajaran Hadith: Dato’ Haji Ismail Haji Yusof

Sark al-Bab: Muhamad Zain Haji Ibrahim

Kepalsuan Yang Masyhur

Hadith Empat Puluh Bahasa Melayu

Sinaran Hadith

Bulugh al-Maram Bahasa Melayu

Karya-karya Hadith Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Institusi

Pengajian Hadith Di Pusat Pengajian Pondok

Madrasah Miftah al-‘Am, Bandar Baru Seri Petaling

Pusat Pengajian al-Qur’an Darul Kautsar (PPADK)

Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI)

Madrasah al-Qur’an, Kubang Bujuk

Dar al-Ilium Li Ihyd Ulum al-Din, Langgar, Kedah

Pengajian Hadith di Masjid dan Surau

Pengajian Hadith di Institusi Pengajian Tinggi Dan Sumbangannya

Kesimpulan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...