JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 24 September 2011

Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.

Tajuk: Mantera Melayu: Analisis Pemikiran.
Penulis: Haron Daud.
Penerbit: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Buku ini adalah satu kajian dalam bidang Sosiologi Sastera. Tulisan ini berdasarkan kajian ke atas mantera yang dikumpul dari beberapa tempat dalam setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Mantera dipilih sebagai bahan kajian, bertolak daripada tanggapan bahawa mantera merupakan dokumen sosiobudaya masyarakat Melayu. Mantera-mantera itu dianalisis dengan menumpukan perhatian kepada corak pemikiran masyarakat Melayu. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang mantera; pemikiran masyarakat Melayu yang terpancar melaluinya, dan kedudukan mantera itu sendiri dalam masyarakat, buku ini dipecahkan kepada tujuh bab. Bab 1 merupakan pengenalan kepada keseluruhan isi penulisan ini. Bab 2 menekankan kedudukan mantera sebagai karya sastera. Penganalisisan dalam bab 3 tertumpu kepada jenis dan fungsi mantera dalam masyarakat yang melibatkan hampir semua aspek hidup dan peringkat umur anggota masyarakat, terutama pada zaman dahulu. Bab 4 hingga 6 merupakan inti perbincangan dan penganalisisan kerana ia berkaitan dengan kedudukan mantera dalam masyarakat sehingga menjadikannya sebagai dokumen sosiobudaya. Perbincangan dalam bab 4, antaranya mengenai penerimaan masyarakat terhadap mantera. Bab 5 khusus membicarakan penggunaan simbol dalam mantera, manakala corak pemikiran masyarakat Melayu dianalisis dalam bab 6. Segala persoalan pokok dalam buku ini dirumuskan dalam bab terakhir yang juga memuatkan beberapa kesimpulan.

Kandungan

Senarai Carta, Jadual Dan Rajah

Prakata

Penghargaan

Senarai Singkatan

Bab 1. Pendahuluan

Bab 2. Mantera Sebagai Karya Sastera.

2.1. Pengenalan

2.2. Pengertian Sastera, Puisi dan Mantera

2.3. Konsep dan Ciri Mantera

2.4. Binaan Mantera

2.5. Perbandingan Mantera dengan Puisi Lain

Bab 3. Jenis Dan Fungsi Mantera.

3.1. Pengenalan

3.2. Mantera Pakaian Diri

3.3. Mantera Perbomohan dan Perubatan

3.4. Pembantu Dalam Pekerjaan

3.5. Kegunaan Mantera Dalam Ritual

Bab 4. Mantera Dan Masyarakat

4.1. Pengenalan

4.2. Latar Belakang Masyarakat dan Mantera

4.3. Penyebaran dan Keberkesanan Mantera

4.4. Khalayak Mantera

4.5. Kedudukan Mantera Pada Hari Ini dan Masa Depan

Bab 5. Penyataan Simbolik

5.1. Pengenalan

5.2. Simbol Kuasa Ketuhanan

5.3. Simbol Berbentuk Makhluk Ghaib

5.4. Simbol Berbentuk Alam

5.5. Simbol Berbentuk Benda

5.6. Simbol yang Berkaitan dengan Manusia

5.7. Simbol Anggota Badan Manusia

5.8. Simbol Berbentuk Ruang dan Waktu

5.9. Simbol Berbentuk Warna dan Angka

Bab 6. Analisis Pemikiran

6.1. Pengenalan

6.2. Pemikiran Berasaskan Kepercayaan Warisan

6.3. Pemikiran Tentang Ketuhanan

6.4. Pemikiran Tentang Makhluk Ghaib

6.5. Pemikiran Tentang Alam

6.6. Pemikiran Tentang Diri dan Manusia

Bab 7. Rumusan Dan Kesimpulan

Lampiran

Bibliografi

Istilah

Indeks

Senarai Carta, Jadual Dan Rajah Carta

Carta 4.1. Carta Hubungan Allah dengan Makhluk dan Pecahannya

Jadual

Jadual 1.1 Jumlah Sampel dan Peratusan Mantera Mengikut Jenis RAJAH

Jadual 2.1. Bentuk Visual Mantera Berdasarkan Mantera Naik Kenderaan

Jadual 2.2. Bentuk Visual Mantera Berdasarkan Mantera Bisakan Peluru

Jadual 2.3. Bentuk Visual Mantera Berdasarkan Mantera Tawar Bisa

Jadual 6.1. Struktur Kosmologi Melayu dan Penghuninya

Jadual 6.2. Kedudukan Allah dalam Pemikiran Melayu

Jadual 6.3. Kedudukan Allah Setaraf dengan Makhluk

Jadual 6.4. Alam Nyata dan Alam Ghaib

Jadual 6.5. Alam Kehidupan Manusia

Jadual 6.6. Hakikat Diri

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...