JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 14 Disember 2011

Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.


Tajuk: Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.
Penulis: Tan Lee Ooi.
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku akademik ini seakan-akan memori peribadi. Namun demikian, memori peribadi ini tidak terhenti setakat dimensi individu, tetapi ia merupakan ingatan social yang dikongsi secara meluas dengan generasi reformasi iaitu generasi yang dilamun atau dipukau gerakan reformasi yang sama-sama mengalami, menyelami atau ditenggelaminya. Buku ini menjejaki perkembangan sebuah nostalgia politik di ruang siber pada saat-saat permulaan gerakan reformasi pada tahun 1998 dan selepas itu. Gerakan reformasi adalah suatu peristiwa politik yang berlaku pada ambang perkembangan teknologi baru yakni serentak dengan perkembangan pesat Internet di Malaysia. Kekurangan peluang politik di dunia sebenar telah menyebabkan Internet digunakan sebagai alat dan tapak untuk mobilisasi politik. Peluang politik di dunia sebenar disekat oleh institusi Negara. Maka ruang siber diduduki oleh penyokong refrmasi dengan mendirikan beraneka jenis laman web, seolah-olah telah membentuk suatu komuniti imaginasi virtual reformasi tersendiri. Walaupun laman web gerakan reformasi sudah lenyap, namun makna politik yang tertinggal dan pengalaman yang dipupuk sewaktu gerakan reformasi terus bertapak sehingga kini. Makna politik yang tercipta menyebabkan ruang siber di Malaysia seakan-akan ruang alternatif yang dapat bertanding dengan media massa arus perdana. Ruang siber di Malaysia ialah ruang politik yang amat aktif yang disertai ramai. Ruang siber pernah, sedang dan akan terus mempengaruhi perkembangan politik di dunia sebenar. Di sebalik fakta dan hujah untuk menunjukkan dinamik ruang siber pernah berlaku, hasrat buku ini adalah nyata iaitu untuk memahami hubungan Internet dengan politik dalam konteks Malaysia untuk mendapatkan makna di sebalik pelbagai kemusykilan dan tanggapan negative terhadap dunia virtual.

Kandungan.

Senarai Jadual Dan Rajah

Singkatan.

Prakata.

Bab 1. Pengenalan: Makna Politik Ruang Siber.

Bab 2. Perkembangan Gerakan Reformasi 1998-2004.

Bab 3. Ruang Politik Di Malaysia 1998-2004.

Bab 4. Reformasi Dengan Internet: Tahap Kemunculan

Bab 5. Reformasi Dengan Internet: Tahap Kelenyapan.

Bab 6. Politik Di Ruang Siber Selepas Reformasi.

Bab 7. Internet Dan Pilihanraya 2008.

Bab 8. Internet: Ruang Siber Dalam Dalam Pergerakan Politik.

Lampiran

Rujukan

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...