JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 5 Disember 2011

Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi.


Tajuk: Konflik UMNO-PAS Dalam Isu Islamisasi.
Penulis: Ibrahim Ahmad.
Penerbit: IBS Buku Sdn. Bhd.

Buku ini cuba menemukan persefahaman di antara kedua-dua pertubuhan siasah ini supaya sama-sama mendukung cita-cita Islamisasi. Setelah kedatangan Islam, agama Islam memang pernah menjadi faktor utama memberikan identiti orang Melayu serta menyempurnakan aspek-aspek kehidupan mereka dengan cirri-ciri budaya di antaranya kesenian, pendidikan, bahasa dan sistem politik. Berdasarkan realiti perjuangan UMNO dan PAS masa kini, meskipun masing-masing mempunyai dasar dan prinsip yang tegas dalam merealisasikan cita-cita Islam, namun bukan bermakna tidak ada ruang langsung untuk mencari titik pertemuan bagi merapatkan jurang dan halangan yang dihadapi. PAS dan UMNO tidak pernah seia sekata dalam perlaksanaan Islamisasi. Perbalahan dan konflik ini menjadi polemik yang berterusan menyebabkan bangsa Melayu bersengketa sesama sendiri. Apakah PAS benar-benar berkemampuan sebagai sebuah parti alternatif untuk menegakkan pemerintahan Islam dengan segala kesyumulannya? Adakah UMNO yang kini sedang menerapkan nilai-nilai Islam menurut perhitungan tajdid berkemampuan melaksanakan Islamisasi dalam arus politik yang berlatarbelakangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini?

Kandungan.

Senarai Kependekan

Penghargaan

Pendahuluan

Bab 1. Pentakrifan Islamisasi: Satu Percubaan

1.1. Takrif Islamisasi.

1.2. Islamisasi: Suatu Tinjauan Sejarah

1.3. Kebangkitan Islam Dan Kesannya Terhadap Malaysia

1.4. Suatu Penilaian Ringkas Tentang Islam Dalam Perlembagaan Malaysia.

Catatan Kaki.

Bab 2. Kesan Tamadun Islam Dan Penjajahan Barat: Satu Sorotan Sejarah

2.1. Kesan Tamadun Islam

2.2. Kesan Penjajahan Barat

Catatan Kaki

Bab 3 Dasar Perjuangan UMNO Dan PAS Terhadap Islam: Satu Perbezaan Ringkas

3.1. Latar Belakang Perjuangan UMNO-PAS

3.2. Perbezaan Dasar UMNO-PAS Terhadap Islam

Catatan Kaki

Bab 4. Konflik UMNO dan PAS Dalam Isu Islamisasi

4.1. Program-Program Islamisasi Era Kepimpinan Dr. Mahathir

4.1.1. Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Negara.

4.1.2. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

4.1.3. Bank Islam

4.2. Pandangan PAS Dalam Beberapa Isu Mengenai Islamisasi

4.2;1. Tajdid Hadhari

4.3. Konsep Negara Islam

4.4. Isu Islamisasi: Konflik Yang Wujud.

4.4.1. Pandangan PAS Terhadao Program-Program Islamisasi Pemerintah

4.4.2. Analisa Ringkas: Kemampuan PAS Sebagai Parti Islam

Catatan Kaki

Bab 5. Muzakarah UMNO-PAS

5.1. Kesan Konflik Dalam Isu Islamisasi

5.2. Perlunya Muzakarah

Catatan Kaki

Penutup

Bibliografi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...