JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 22 Disember 2011

Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyidden.


Tajuk: Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyidden.
Penulis: Mohd Zamberi A Malek
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Keberanian dan ketokohan Tengku Mahmood Mahyiddeen amat dikagumi. Beliau bertanggungjawab membawa reformasi pendidikan Kelantan yang ketika itu terikat dengan sistem tradisional. Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau tampil memimpin pasukan sukarelawan Melayu menentang Jepun.  Bersama-sama tentera British, beliau berundur ke India untuk mendapat perlindungan. Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan  melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila. Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan  mula memikirkan nasib orang Melayu Patani yang masih dibelenggu penjajahan Siam. Sebagai seorang berketurunan Patani, sudah tentu nasib malang yang menimpa rakyat Patani turut menyentuh emosinya. Beliau meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR). Namun usahanya gagal kerana pertubuhan itu telah diharamkan oleh British dan beliau meninggal dunia dalam usia yang muda.

Kandungan

Senarai Gambar

Liku-liku Kehidupan

Prakata

Bab 1. Pembela Bangsa Melayu

Pengenalan.

Runtuhnya Sebuah Negeri Melayu

Hilanglah Kedaulatan Raja Patani

Putera Mahkota Patani

Pembela Masyarakat Melayu

Penguasa Pelajaran Kelantan.

Kemajuan Sistem Pendidikan

Bab 2. Perjuangan Kemerdekaan Tanah Melayu

Menentang Serangan Jepun

Siaran Melayu All India Radio

Pemimpin Force 136 di India

Agen Perisik di Tanah Melayu

Selamat Pulang ke Tanah Air

Bab 3. Perjuangan Pembebasan Islam Patani

Masyarakat Islam Patani

Penglibatan dalam GEMPAR

Penyatuan Patani dengan Tanah Melayu

Sikap British Terhadap Patani

Komunis Menghalang Perjuangan

Kegagalan Memperjuangkan Patani.

Bab 4. Patriot Negara Yang Dilupai

Dato’ Paduka Mahkota Kelantan

Ahli Majlis Mesyuarat

Ketokohan dan Prinsip Perjuangan

Perjuangan Harimau Malaya

Hilang Sudah Simbol Kebanggaan

Bab 5. Pandangan Mereka Yang Mengenalinya

Tengku Jauhar Ratul Maknu

Tengku Sulaiman Sharifaddeen

Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Ibrahim Ismail..

Mohamad Zain Jaafar

Haji Muhamad Amin Haji Sulong

Haji Abdul Latif Syeikh Hussein

Bibliografi

Indeks

Senarai Gambar

Gambar 1 Mejar Tengku Mahmood Mahyiddeen semasa dalam Force 136 di India, merupakan Pegawai Melayu Tertinggi dalam pasukan tersebut.

Gambar 2 Istana Tengku Seri Akar, Kota Bharu, tempat beliau dibesarkan. Istana ini telah runtuh pada tahun 1989.

Gambar 3 Ayahandanya al-Marhum Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen ibni al-Marhum Sultan Sulaiman Sharifuddeen (1877-1933). Raja yang terakhir memerintah negeri Melayu Patani.

Gambar 4 Bersama salah seorang sahabat setianya Dato’ Nik Ahmad Kamil, Menteri Besar Kelantan (1947-48). Semasa muda remaja mereka empat sekawan digelar ”The Four Musketeers of Kelantan.”

Gambar 5. As-Syahid Tuan Guru Haji Sulong, ulama dan sahabat seperjuangan yang melantik Tengku Mahmood Mahyiddeen sebagai pemimpin tuntutan masyarakat Islam Patani.

Gambar 6 Tengku Abdul Jalal, bekas Wakil Parlimen Wilayah Menara (Narathiwat) 1937-44. Beliau dianggap orang kanan Tengku Mahmood Mahyiddeen dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Patani.

Gambar 7 Ilustrasi wajah Tengku Abdul Kadir Petra atau Tengku Petra, yang juga kakanda ipar dan selaku pembantu kepada Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Gambar 8 Abdullah Mohamad Saad atau Abdullah Lang Putih, Wakil Parlimen Wilayah Setul yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Thai. Beliau menjadi wakil peribadi Perdana Menteri, Field Marshall Phibun Songgram untuk memujuk Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Gambar 9 Pegawai-Pegawai Melayu dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri Kelantan 1933. Tengku Mahmood Mahyiddeen berdiri nombor dua dari kanan.

Gambar 10 Petikan ak hbar berbahasa Inggeris, Sunday Times bertarikh 2 Februari 1947 mengenai Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Gambar 11 Pengisytiharan perlucutan gelaran diraja ”Tengku” pada diri dan keturunannya dalam ak hbar-ak hbar tempatan.

Gambar 12 Peninggalan kubu pertahanan Tentera British di Kampung Pak Amat, Pengkalan Chepa, Kelantan. Tengku Mahmood Mahyiddeen adalah di antara empat orang anak Melayu yang berjuang menentang serangan pertama tentera Jepun ke Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.

Gambar 13 Tengku Mahmood Mahyiddeen, D.P.M.K., M.B.E., penuh bergaya dengan pakaian tradisi Melayu sebagai salah seorang keluarga aristokrat Kelantan.

Gambar 14 Carta salasilah raja-raja Patani.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...