JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 8 Mac 2011

Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia.


Tajuk: Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia.
Penyelenggara: Abdul Karim Ali & Rumaizi Ahmad al-Mustapha.
Penerbit: Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Selangor.

Malaysia dibentuk dari kepelbagaian penduduk sebagai warganegaranya, serta masih mengekalkan Islam dan Melayu sebagai teras dan asas kewujudan. Suasana kehidupan pluralistik agama sebegini pastinya menuntut suatu kefahaman dan toleransi hidup bermasyarakat antara penganut Islam dan bukan Islam yang mencabar. Justeru bagi umat Islam, fikah sebagai salah satu cabang ilmu merupakan panduan yang membimbing hidup bermasyarakat mengikut keperluan semasa tersebut. Ia bertujuan untuk mencari penyelesaian bersepadu bagaimana menangani permasalahan yang timbul khususnya berkaitan isu-isu hubungan antara anggota masyarakat, terutama perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti orang Melayu, hak bukan Islam, hak asasi manusia secara keseluruhan serta kesan yang timbul dari segi aqidah, syariat dan akhlak. Isu-isu sebeginilah diharap dapat membantu untuk membentuk gagasan Fiqh Masyarakat Bukan Islam dalam konteks Malaysia, khususnya berdasarkan prinsip-prinsip yang muktabar untuk memberikan panduan kepada umat Islam dan bukan Islam.

Kandungan..

Ucaptama: Pengantar Fiqh Masyarakat Bukan Islam.
> Professor Dr. Sheikh Wahbah Mustafa al-Zuhayli.

Makalah 1. Hubungan Masyarakat Islam Dan Masyarakat Bukan Islam Dalam Konteks Sejarah Islam.
> Dr. Mohd Roslan Mohd Nor.

Makalah 2. Konsep Kerakyatan Orang Bukan Islam Dalam Politik Islam Moden: Satu Kajian Berdasarkan
Fiqh Ahl Dhimmah.
> Dr. Hj. Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, Muhammad Adli Musa.

Makalah 3. Hak-Hak Mengamalkan Ajaran Agama Masyarakat Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam.
> Zahari Mahad Musa.

Makalah 4. Islam Dan Toleransi Budaya Dalam Masyarakat MajmukDi Malaysia: Beberapa Catatan.
> Dr. Mohd Nor Manuty.

Makalah 5. Prinsip Berinteraksi Dengan Non Muslim Dalam Konteks Malaysia.
> Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Makalah 6. Perayaan Bukan Islam Dalam Sebuah Negara Islam.
> Dr. Basri bin Ibrahim.

Makalah 7. Kecelaruan Fahaman Liberal Dalam Fiqh: Satu Kajian Mengenai Hukum Wanita Islam Berkahwin Dengan Non-Muslim.
> Muhammad Atiullah bin Othman, Mohd Nor bin Daud.

Makalah 8. Bukan Islam Dan Kehakiman Dalam Islam.
> Tan Sri Sheikh Ghazali bin Hj. Abd. Rahman.

Makalah 9. Penglibatan Orang Bukan Islam Dalam Sistem Kehakiman Syariah: Bukan Islam Sebagai Saksi Di Mahkamah Syariah Malaysia.
> Prof. Madya Dr. Zulfakar Ramlee Saad.

Makalah 10. Jizyah Kepada Warga Negara Bukan Islam Analisa Kemungkinan Pelaksanaan Dalam Realiti Malaysia.
> Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki bin Ibrahim.

Makalah 11. Isu-Isu Berkaitan Masyarakat Bukan Islam Dalam Fatwa Di Malaysia.
> Rumaizi bin Ahmad.

Makalah 12. Dasar Fiskal Dan Kewangan: Hubungannya Dengan Pembangunan Sosio-Ekonomi Umat Dan Negara.
> Prof. Madya Dato' Dr. Haji Hailani bin Muji Tahir.

Makalah 13. Kerangka Asas Dalam Pembinaan Hukum Fiqh Masyarakat Bukan Islam Masa Kini.
> Dr. Luqman Haji Abdullah.

Makalah 14. Siyasah Syar'iyyah Dalam Membentuk Gagasan Fiqh Masyarakat Majmuk.
> Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...