JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 24 Mei 2011

Teori Ilmu al-Farabi.


Tajuk: Teori Ilmu al-Farabi.
Penulis: Fadzlullah Shuib.
Penwebit: Pustaka Warisan.

Penulisan ini tidak berhasrat untuk meneliti dan menganalisa secara terperinci tentang biografi penghidupan Abu Nasr al-Farabi seorang ulama, ahli falsafah, saintis dan pujangga Islam yang hidup pada era keemasaan Keilmuan Islam. Namun begitu kekuatan peribadinya sebagai pencinta ilmu, kesufian, sumber keilmuan, lingkungan yang berbudaya ilmu, naungan politik yang diterima serta tempoh masa hayatnya telah menjadi pencetus, penjana serta pendorong kepada kemunculan al-Farabi sebagai ilmuan terunggul Islam sebaris dengan al-Kindi, Ibnu Sina, al-Ghazali dan Ibnu Rusyd.

Tumpuan kajian ini adalah tentang epistemologi al-Farabi atau teori ilmunya yang meliputi konsep, hiraki, matlamat, klasifikasi dan kesepaduan ilmu menurut perspektif beliau. Perbahasan mengenai epistemologi al-Farabi merupakan aspek terpenting sumbangannya kepada khazanah intelektual Islam. Walau pun beliau turut memberi saham yang besar dalam pelbagai bidang keilmuan Islam khususnya logik, falsafah tabii, metafizik, muzik etika, siasah, astronomi dan akhlak namun penonjolan beliau begitu ketara dalam kegiatan pengumpulan ilmu serta pengkelasannya menurut metode yang tersendiri.

Kandungan.

Prolog.

Kata-Kata Aluan.

Prakata.

Abstrak.

Bab 1. Biografi Al-Farabi Sistem Pemikirannya.

Bab 2. Kedudukan dan Peranannya Dalam Falsafah Islam.

Bab 3. Karya-Karyanya.

Bab 4. Epistemologi: Klasifikasi Ilmunya.

Epilog.

Nota Penghujung.

Bibliografi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...