JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 14 Mei 2011

13 Mei Di Kuala Lumpur.


Tajuk: 13 Mei Di Kuala Lumpur.
Penulis: Abdul Rahman Ibrahim.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Buku 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur memaparkan kewujudan masyarakat majmuk dan hubungan kaum sejak kedatangan imigran ke negeri-negeri Melayu dan campur tangan British sehingga berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Buku ini cuba menghubungkaitkan beberapa isu nasional yang dikatakan menjadi pemangkin kepada tercetusnya peristiwa 13 di Kuala Lumpur. Antaranya ialah dasar-dasar yang diamalkan oleh Britsh, layanan tentara Bintang Tiga terhadap orang Melayu selepas era pendudukan Jepun, hak istimewa orang Melayu di negara ini yang dipertikaikan oleh kaum Cina, iaitu yang berkaitan dengan Perkara 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi Malaysia, serta ketidakadilan dalam pendidikan dan perkhidmatan awam terhadap orang bukan Melayu. Buku ini juga melihat hubungan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang sentiasa tegang pada akhir tahun 1960-an, serta melihat bagaimana konflik politik, konflik sosial dan konflik ekonomi mendorong kepada tercetusnya peristiwa tersebut. Buku ini penting sebagai suatu usaha untuk memaparkan sejarah tanah air dengan lebih jelas kerana sejarah hitam ini kerap dilihat dari sudut yang emosional. Buku yang mengemukakan data komprehensif ini dapat dipertanggungjawabkan dan boleh membantu pengkaji-pengkaji lain mengetahui perkara sebenar di sebalik Peristiwa 13 Mei 1969. Semoga peristiwa ini menjadi iktibar, teladan dan pengajaran kepada kita semua.

Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Foto

Senarai Peta

Prakata

Pendahuluan

Penghargaan

Singkatan

Bab 1. Masyarakat Majmuk Dan Perkauman.
- Masyarakat Majmuk dan Kedatangan Imigran ke Negeri-negeri Melayu.

- Dasar Jepun di Negeri-negeri Melayu.

- Dasar British Selepas Kekalahan Jepun.

- Zaman Darurat.

- Peranan Parti Politik.

Bab 2. Kuala Lumpur Dan Latar Kependudukannya.
- Sejarah Kuala Lumpur.

- Sejarah Kampung Baharu.

- Sorotan Pergaduhan Melayu dan Cina di Kuala Lumpur.

- Politik Selepas Kemerdekaan dan Perkauman di Kuala Lumpur.

Bab 3. Masalah Hubungan Kaum Melayu Dan Cina Di Kuala Lumpur..
- Latar Belakang Hubungan antara Kaum Melayu dan Cina pada Akhir 1960-an.

- Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Politik.

- Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Sosial.

- Masalah yang Tercetus Akibat Konflik Ekonomi.

Bab 4. Peranan Media Massa Dalam Merangsangkan Ketegangan Kaum Antara Orang Melayu Dan Orang Cina.
- Sejarah Media Massa Sepintas Lalu.

- Peranan Media Massa dalam Merangsangkan Ketegangan Kaum dan Suasana Genting.

Bab 5. Kempen Pilihanraya Dan Rusuhan Kaum Sebelum 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur
- Peristiwa Sebelum 13 Mei 1969.

- Rusuhan Kaum dalam Kalangan Orang Melayu dan Orang Cina.

- Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Pulau Pinang.

- Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Perak.

- Kesan daripada Rusuhan Kaum Melayu dan Cina di Singapura.

- Kempen Pilihan Raya Mei 1969.

Bab 6. Tragedi 13 Mei 1969 Di Kuala Lumpur.
- Pengalaman Individu yang Diwawancara.

Kesumpulan.

Biodata.

Lampiran.

Bibliografi.

Indeks.

Senarai Jadial.
Jadual 1.1. Komposisi kaum di Negeri-negeri Melayu (1921 1957).

Jadual 1.2. Pecahan pengundi menurut kaum pada pemilihan 1955.

Jadual 1.3. Pemilihan 1955: Pengelasan calon-calon menurut parti dan kaum.

Jadual 2.1. Perkembangan jumlah penduduk Kampung Baharu.

Jadual 2.2. Jumlah penduduk yang tinggal dalam kawasan perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1950.

Jadual 2.3. Pilihan Raya 1959: Pembahagian pengundi menurut kaum.

Jadual 2.4. Pilihan Raya 1959: Jumlah kerusi yang dimenangi oleh setiap parti.

Jadual 3.1. Keputusan pilihan raya Negeri Selangor (1964 dan 1969).

Jadual 3.2. Peratus undi parti Perikatan dalam pilihan raya.

Jadual 3.3. Kadar kemiskinan mengikut kaum.

Jadual 3.4. Hak milik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat.

Jadual 3.5. Pembahagian pekerjaan mengikut kaum.

Jadual 4.1. Akhbar Melayu dan majalah bercorak agama abad ke-20.

Jadual 5.1. Bilangan pegawai kerajaan mengikut kaum pada 1 November 1968.

Jadual 6.1. Keputusan Pilihan Raya Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Jadual 6.2. Pilihan Raya Parlimen: Jumlah kerusi yang dimenangi dan perolehan undi oleh parti-parti.

Jadual 6.3. Pilihan Raya Negeri: Jumlah kerusi yang dimenangi dan undi yang diperoleh oleh parti-parti.

Senarai Foto.
Foto 5.1. Mayat Allahyarham Encik Kassim bin Omar, seorang pekerja pilihan raya.

Foto 6.1. Perarakan mayat di Kuala Lumpur pada 9 Mei 1969 menunjukkan gambar ”Pahlawan” Lim Soon Seng dan di hadapannya lambang Parti Buruh Malaysia.

Foto 6.2. Sepanduk-sepanduk dalam perarakan mayat Lim Soon Seng.

Foto 6.3. Sepanduk-sepanduk dalam perarakan mayat Lim Soon Seng.

Foto 6.4. Perarakan ”kemenangan”.

Foto 6.5. Rumah-rumah kedai sedang terbakar di Kampung Pandan dalam Peristiwa 13 Mei 1969.

Foto 6.6. Kereta terbakar di Jalan Raja Muda dan rumah kedai yang hangus terbakar di Jalan Campbell, Kuala Lumpur.

Foto 6.7. Kereta-kereta yang telah musnah di Jalan Bangsar dan pasukan bomba sedang memadamkan api yang membakar rumah kedai di Kampung Pandan.

Senarai Peta.
Peta 2.1. Lokasi keduthikan Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Peta 2.2. Corak petempatan orang Melayu di Kampung Baharu, Kuala Lumpur.

Peta 6.1. Laluan perarakan provokasi parti pembangkang DAP dan Parti Buruh.

Peta 6.2. Aliran Pergerakan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...