JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 23 April 2010

Khazanah Tafsir Di Malaysia.


Tajuk: Khazanah Tafsir Di Malaysia.
Penulis: Mustaffa Abdullah.
Penerbit: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

hazanah Tafsir Di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir Al-Qur'an, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir. Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran; tradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir Al-Qur'an di kalangan para ulama tempatan dan cendekiawan Islam di Malaysia.

Isi kandungan buku ini amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir Al-Qur'an. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang diguna pakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.

Buku ini mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institut pengajian tinggi mahupun orang awam. Paparan data-data dalam buku ini menobatkan  jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.

Isi Kandungan.
Bahagian 1. Pengajian Tafsir Di Malaysia.

> Aliran Pengajian Tafsir Di Malaysia.

Pengajian Tafsir Di Institusi Pengajian Pondok.

Pengajian Tafsir Di Institusi Pendidikan Formal.

Pengajian Tafsir Di Institusi Tidak Formal.

Bahagian 2. Tokoh-Tokoh Tafsir Di Malaysia.

> Tokoh-Tokoh Tafsir.

Syeikh Abdul Malik Abdullah.

Tuan Haji Muhammad Said Bin Umar.

Syed Syeikh Al-Hadi.

Haji Uthman Bin Muhammad.

Syeikh Muhammad Idris Abd Rauf Al-Marbawi.

Syeikh Abu Bakar Al-Ashaari.

Syaykh Haji Abdul Aziz Bin Abdul Salam.

Dato' Haji Muhammad Nor Bin Ibrahim.

Maulana Abdullah Noh.

Haji Abdullah Abbas Nasution.

Syeikh Abdullah Basmeih.

Mustafa Abdul Rahman Mahmud.

Nik Muhammad Adeeb.

Nik Muhammad Salleh Wan Musa.

Haji Yusof Bin Haji Abdullah Al-Rawi.

Dato' Yusoff Zaky Yacob.

Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Abdullah Al-Qari Bin Haji Salleh.

Pauzi Awang.

Zainuddin Bin Idris.

Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor.

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang.

Wan Ahmad Bin Wan Ali (Abi Lukman).

Muhammad Bin Abd. Latif.

Abu Zaky Fadzil.

Abdullah Ar-Rahmat.

Kesimpulan.

Biblografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...