JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 21 April 2010

Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya- Persoalan Wibawa Dalam Wacana Islam.


Tajuk: Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya- Persoalan Wibawa Dalam Wacana Islam.
Penulis: Khaled M.Abou El Fadl.
Penerbit: Middle Eastern Graduates Centre (MEGC)

Ketaksuban keagamaan berkembang di dunia tidak lama setelah merebajnya ideologi Wahhabi. Ideologi yang disyaki didanai wang Arab Saudi – Negara yang makmur mendadak setelah kenaikan harga minyak – ini bertanggungjawab memusnahkan kewibawaan institusi-institusi tradisional di dunia Muslim. Tradisi intelektual yang merupakan warisan zaman awal Islam musnah dirobohkan puritanisme yang menunjukkan permusuhan terhadap semua bentuk pengetahuan sosial bersifat akademik atau tradisi intelektual yang kritis.

Membesar dalam sebuah budaya keagamaan Islam, pengarang Khaled M.Abou El Fadl sentiasa diingatkan oleh guru-gurunya bahawa tidak ada gereja di dalam Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa mewakil wibawa Tuhan yang Kudus. Baginya gambaran yang diulang-ulang para guru itu membayangkan kesaksamaan dan kemampuan semua orang untuk mencapai kebenaran Ilahi. Manusia cuba untuk membongkar kehendak Ilahi, tetapi tidak ada seorang pun memiliki wibawa untuk mendakwa bahawa hanya dia mampu menemukannya.

Menerusi perbandingan antara authoritative dan authoritarian, antara wibawa dengan kuasa yang memaksa, pengarang buku ini membongkar kalut pemikiran Wahhabisme dan Salafisme yang mendakwa ingin memurnikan agama, sedangkan yang dilakukan hanyalah menyuburkan kemalasan berfikir di dunia Muslim.

Kandungan.

Bab 1. Peninggalan Sebuah Buku Ringkas.

Bab 2. Persoalan Wibawa.

Bab 3. Teks Dan Wibawa.

Bab 4. Kajian Kes.

Bab 5. Pembentukan Autoritarian.

Bab 6. Pasca Penerbitan.

Lampiran Fatwa SAS.

Daftar Istilah.

Sumber Rujukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...