JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Rabu, 14 Disember 2011

Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.


Tajuk: Dinamik Ruang Siber Dalam Gerakan Reformasi Di Malaysia.
Penulis: Tan Lee Ooi.
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Buku akademik ini seakan-akan memori peribadi. Namun demikian, memori peribadi ini tidak terhenti setakat dimensi individu, tetapi ia merupakan ingatan social yang dikongsi secara meluas dengan generasi reformasi iaitu generasi yang dilamun atau dipukau gerakan reformasi yang sama-sama mengalami, menyelami atau ditenggelaminya. Buku ini menjejaki perkembangan sebuah nostalgia politik di ruang siber pada saat-saat permulaan gerakan reformasi pada tahun 1998 dan selepas itu. Gerakan reformasi adalah suatu peristiwa politik yang berlaku pada ambang perkembangan teknologi baru yakni serentak dengan perkembangan pesat Internet di Malaysia. Kekurangan peluang politik di dunia sebenar telah menyebabkan Internet digunakan sebagai alat dan tapak untuk mobilisasi politik. Peluang politik di dunia sebenar disekat oleh institusi Negara. Maka ruang siber diduduki oleh penyokong refrmasi dengan mendirikan beraneka jenis laman web, seolah-olah telah membentuk suatu komuniti imaginasi virtual reformasi tersendiri. Walaupun laman web gerakan reformasi sudah lenyap, namun makna politik yang tertinggal dan pengalaman yang dipupuk sewaktu gerakan reformasi terus bertapak sehingga kini. Makna politik yang tercipta menyebabkan ruang siber di Malaysia seakan-akan ruang alternatif yang dapat bertanding dengan media massa arus perdana. Ruang siber di Malaysia ialah ruang politik yang amat aktif yang disertai ramai. Ruang siber pernah, sedang dan akan terus mempengaruhi perkembangan politik di dunia sebenar. Di sebalik fakta dan hujah untuk menunjukkan dinamik ruang siber pernah berlaku, hasrat buku ini adalah nyata iaitu untuk memahami hubungan Internet dengan politik dalam konteks Malaysia untuk mendapatkan makna di sebalik pelbagai kemusykilan dan tanggapan negative terhadap dunia virtual.

Kandungan.

Senarai Jadual Dan Rajah

Singkatan.

Prakata.

Bab 1. Pengenalan: Makna Politik Ruang Siber.

Bab 2. Perkembangan Gerakan Reformasi 1998-2004.

Bab 3. Ruang Politik Di Malaysia 1998-2004.

Bab 4. Reformasi Dengan Internet: Tahap Kemunculan

Bab 5. Reformasi Dengan Internet: Tahap Kelenyapan.

Bab 6. Politik Di Ruang Siber Selepas Reformasi.

Bab 7. Internet Dan Pilihanraya 2008.

Bab 8. Internet: Ruang Siber Dalam Dalam Pergerakan Politik.

Lampiran

Rujukan

Indeks.

Selasa, 13 Disember 2011

Katalog Suratkhabar Dan Majalah Bahasa Cina.


Tajuk: Katalog Suratkhabar Dan Majalah Bahasa Cina.
Penyelenggara: Arkib Negara Malaysia.
Penerbit: Arkib Negara Malaysia.

Kandungan.

Pendahuluan.

Senarai Ringkasan

Sejarah Perkembangan Akhbar dan Majalah Cina di Malaysia

Bahagian A

Suratkhabar-Suratkhabar Dan Majalah-Majalah Bahasa Cina Yang Terdapat Di Arkib Negara Malaysia.

Agents’ Digest

Api Siang Pau

Berita Malaysia

Borneo Daily News

Borneo Times

Brilliant Lamp Daily News

Chinese Daily News

Chung Hwa Evening Post

Chung Shing Jit Poh

Combatant’s Friend

Daily News

Hwa Lian Daily News

Isnin, 12 Disember 2011

Sejarah, Evolusi Dan Keunggulan Islam.


Tajuk: Sejarah, Evolusi Dan Keunggulan Islam.
Penulis: Syed Ameer Ali.
Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka.

Buku ini asalnya dalam Bahasa Inggeris berjudul The Spirit of Islam terbitan Christophers diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia oleh H.B Jassin diterbitkan oleh Pustaka Jaya dengan judul Api Islam. Disemak dan diubahsuai ke dalam Bahasa Malaysia oleh Mohamad Saleeh Rahamad. Buku ini merupakan karya klasik yang telah dapat mengangkat syiar dan citra Islam sebagai “agama ala mini” ditempat yang tinggi di mata bukan Islam. Penulis telah memaparkan kenyataan-kenyataan secara kritis dan bebas tentang kebudayaan, tamadun, ilmu, seni dan sastera pada zaman Nabi dan selepasnya dengan membandingkan dengan keadaan dunia pada zaman itu. Dipaparkan juga segala rempah- ratus yang menjadi ramuan kepada kemajuan umat Islam pada zaman keagungannya.m/s:633

Kandungan.

Pengantar.

Pendahuluan.

Bahagian 1. Sirah Rasulullah Dan Kebangkitannya..

Bab 1. Muhammad Rasullullah

Bab 2. Hijrah

Bab 3. Rasullullah Di Madinah

Bab 4 : Permusuhan Antara Orang Quraisy Dan Orang Yahudi

Bab 5. Penyerbuan Madinah Oleh Kaum Quraisy

Bab 6. Kemurahan Hati Rasullullah

Bab 7. Penyebaran Agama Islam

Bab 8. Tahun Perutusan

Bab 9. Terlaksananya Tugas Muhammad S.A.W

Bab 10. Penggantian Rasullullah

Bahagian 2. Semangat Perjuangan Islam.

Bab 1. Cita-Cita Islam

Bab 2.: Semangat Keagamaan Islam

Bab 3. Gagasan Hidup Di Akhirat Dalam Islam

Bab 4. Semangat Militan Agama Islam

Bab 5. Kedudukan Wanita Dalam Islam

Bab 6. Perhambaan

Bab 7. Semangat Politik Islam

Bab 8. Perpecahan Politik Dan Agama Dalam Islam

Bab 9. Semangat Sastera Dan Ilmu Dalam Islam

Bab 10. Semangat Rasionalis Dan Falsafah Islam

Bab 11. Semangat Mistik Dan Idealisme Dalam Islam

Lampiran.

Indeks Umum.

Indeks

Bibliografi.

Khamis, 8 Disember 2011

Dari Sejarah Ke Kalam: Kesusasteraan Islam Dalam Bahasan Lepasan Tiga Kolej Islam (Jilid 2)


Tajuk: Dari Sejarah Ke Kalam: Kesusasteraan Islam Dalam Bahasan Lepasan Tiga Kolej Islam (Jilid 2)
Penyelenggara: Muhammad Bukhari Lubis.
Penerbit: Darul Fikir Sdn. Bhd.

Kandungan

Kata Pengantar.

> Lepasan Kolej Islam Malaya (KIM)

Ibrahim Eengku Ismail, Eengku
- Pengaruh Syiah-Parsi dalam Sastera Melayu

- Sasterawan Arab yang Terkenal: al-Jahiz

- Penyajak Terkenal Al-Mutanabbi

Ismail Ariffin
- Al-Manfaluti dan Cerpennya ”Anak Yatim”

Ismail Haji Ibrahim
- Ciri-ciri Kelahiran Sastera Islam

- Teori, Prinsip, dan Konsep Sastera Islam

- Tulisan yang Berasaskan Tauhid

- Falsafah dan Matlamat Kisah-kisah Sejarah dalam al-Qur’an

- Pengaruh Islam dalam Sastera Melayu: Ulasan terhadap Kertas Kerja HAMKA

Jahit Haji Sidek
- Sejarah Sastera Sirah

Kamaluddin M. Zain
- Tugas Penyair Islam Menurut Dr. Iqbal

Mohammad Bin Pengeran Haji Abd. Rahman, Pengeran (ZAIRIS M.S.)
- Muhammad Iqbal: Pujangga Agung Islam

- Syair Perlembagaan Negeri Brunei Karya Sultan Haji Omar Ali Saifuddien: Suatu Analisis Fakta dan Etika

Mohd Yusof Noor
- Mesir Kehilangan Pujangga

Mohd Zain Bin Haji Serudin, Haji (SHUKRI ZAIN)
- Peranan Sastera dalam Membangun Akhlak Ummah

- Kesusasteraan Islam pada Zaman Nabi

- Islam dan Kesusasteraan

- Menghidupkan Syair Brunei Asli

- Mengenali Dikir-dikir Maulid Nabi

Osman Haji Khalid
- Kritikan Sastera dalam Kesusasteraan Klasik Arab dan Persoalannya: Satu Tinjauan

- Perumpamaan-perumpamaan dalam al-Qur’an

- Beberapa Aliran dalam Drama Moden Mesir

- Puisi Muwasysyahah dalam Kesusasteraan Arab di Andalus

- Taha Husayn dan Novel al-Ayyam

Razali Haji Nawawi
- HAMKA: Daya Inteleknya Berbeza

Sujaidi Dasuki - (SABDA S.)
- Proses Penulisan Puisi Islam

- Puisi Dakwah: Penyair Hendaklah Membersihkan Rohnya Sendiri Lebih Dahulu

- Imaginasi Tidak Penting dalam Mencipta Puisi Dakwah

- Kehebatan al-Qur’an Menurut Orientalis

- Pembaharuan di dalam Kesusasteraan Arab

Zakaria Haji Mahmud
- Peranan Ahli Sastera dalam Mengubah Nasib Rakyat

> Lepasan Kolej Islam Kiang (KIK)

Mustafa Haji Daud
- Pemikiran Kesusasteraan dalam karya Kreatif HAMKA

> Lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Firuz Akhtar Lubis
- Dari Jendela Sastera Parsi: Merenung Sajak-sajak Manuchihri

Dari Sejarah Ke Kalam: Kesusasteraan Islam Dalam Bahasan Lepasan Tiga Kolej Islam (Jilid 1)


Tajuk: Dari Sejarah Ke Kalam: Kesusasteraan Islam Dalam Bahasan Lepasan Tiga Kolej Islam (Jilid 1)
Penyelenggara: Muhammad Bukhari Lubis.
Penerbit: Darul Fikir Sdn. Bhd.

Kandungan

Kata Pengantar

> Sumbangsih Buat Mahaguru Tablo/Esei Mengisahkan Almarhum Zulkifli Mohamed

Abdul Rahman Salleh (MARHAN)
- Tablo: Zulkifli dalam Kenangan

Abu Zaki Fadzil
- Ustaz Zulkifli Sebagai Penyajak

Ibnu Ariffin
- Zulkifli ’Merintih’ Sebelum Dipanggil Ilahi

Mohd Asri Hj. Muda
- Zul Yang Saya Kenal dari Dekat

Usman Awang
- Zulkifli Mohamed Sebagai Penyair

> Lepasan Kolej Islam Malaya (KIM)

Abdul Hamid Bin Tamat, Haji (Salmi Mesra)
- Sekitar Sastera Arab dan Islam di Brunei Darussalam: Suatu Tinjauan Ringkas

- Perkembangan Sastera Kreatif: Penyair Tiga Serangkai dan Proses Penciptaan Puisi Adi Rumi, Badaruddin H.O., dan Yahya M.S.

Abdul Munir Yaacob
- Sidang Roh: Penjelasan Kassim Ahmad Jangan Ragukan Saya tentang Tuhan

- Sandiwara Radio Pelajar-pelajar Kolej Islam

- Ke Mana Kiblat Penulis-penulis Negeri Pahang?

Awang Abdul Aziz Bin Juned, Haji (Adiruni)
- Sastera Islam Mesti Bersuluh kepada Wahyu dan Ilmu Islam

Awang Abdul Jabbar
- Al-’Aqqad Penyair Anti Wanita

Awang Badaruddin Bin Haji Othman, HAP (BADARUDDIN H.0.)
- Konsep Seni Sastera dalam Islam

Awang Yahya Bin Haji Ibrahim, Haji (YAHYA M.S.)
- Menghayati Sastera Islam: Sejarah Perkembangan di Brunei

- Mengapa dan Bagaimana Saya Mengarang (Satu Pengalaman Hidup)

- Persoalan Akhlak dalam Sastera

- Konsep Islam dalam Prosa Moden Melayu

- Konsep Islam dalam Puisi Moden Melayu

Che Shamsuddin Othman (DINSMAN)
- Soalnya Kenapa Kita Mesti Bercakap tentang Sastera Islam

- Percakapan dengan Shahnon Ahmad tentang Penciptaan Karya

- Masalah Identiti Islam

Fauzi Haji Awang
- Kepenyairan Almarhum Zulkifli Mohamed

> Lepasan Kolej Islam Klang (KIK)

Idris Zakaria
- Ruang Perjalanan: Pemkiran Islam dan Falsafah

- Novel Pertentangan dari Sudut Falsafah dan Pemikiran Islam

- Falsafah Novel Nagogho Astana

Muhammad Bukhari Lubis, Haji (RIZI S.S.)
- Metodologi dalam Penyelidikan Sastera Arab, Parsi, Turki dan Melayu: Suatu Pengalaman

- Adakah Tasawuf Berhubung Kait dengan Puisi?

- Gapura Diri oleh A. Aziz Deraman: Suatu Pengantar

- Ghazal dalam Kesusasteraan Klasik Parsi: Satu Tinjauan Awal

- Puisi Ramazaniyye dalam Kesusasteraan Arab, Parsi, dan Turki

> Lepasan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

Mohd Faizal Bin Musa (FAISAL TEHRANI)
- Sasterawan Tentera: Posisi Baharu Perjuangan Penulis

- Setelah 11 September

- Perihal Minyak dalam Novel Abdul Rahman Munif

- Penglipurlara dari Maghribi

- Yasyar Kemal: Sasterawan Turki
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...