JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 9 Julai 2011

Akidah Dan Suluk Dalam Tasawuf: Antara Keaslian Dan Penyelewengan.


Tajuk: Akidah Dan Suluk Dalam Tasawuf: Antara Keaslian Dan Penyelewengan.
Penulis: Dr Abdul al-Fattah Ahmad al-Fawi.
Penerbit: Perniagaan Jahabersa Sdn Bhd.

Tasawwuf adalah antara salah satu dari tiga rangkaian ilmu yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Ilmu-ilmu tersebut ialah ilmu tauhid, fiqh dan tasawwuf.Ilmu tasawwuf juga dikenali dengan nama ilmu akhlak.Penekanan ilmu tasawwuf ialah kepada mendisiplinkan diri dalam melaksanakan perintah syarak dan meninggalkan segala larangan syarak. Tasawwuf menurut generasi salafus salih adalah mudah dan bersih.Ia merupakan latihan jiwa bagi membersihkan nafsu dari halangan-halangan yang boleh menghalang diri seseorang dari sampai kepada keredaan Allah (s.w.t.). Latihan tersebut adalah berasaskan kepada panduan yang terdapat di dalam al-Quran dan juga al-Sunnah.

Buku yang sedang ditatapi oleh pembaca budiman ini memperkatakan tentang suluk dan ibadah dalam tasawwuf.Dalam perbahasan ini, pengarang membentangkan suluk dan ibadah yang asli dan suluk dan ibadah yang menyeleweng yang terdapat di dalam tasawwuf. Pembentangan ini memberi panduan kepada umat Islam di masa ini untuk membezakan mana ibadah dan suluk yang asli dan mana yang menyeleweng. Mudah-mudahan buku ini menjadi panduan kepada umat Islam di zaman ini dalam beramal dan berakhlak yang selaras dengan tuntutan al-Qur'an dan juga al-Sunnah.

Kandungan.

Kata Aluan Penterjemah.

Kata Pengantar.

Bab 1. Pendahuluan.

Definisi Tasawwuf.

Istilah Tasawwuf.

Sumber-Sumber Tasawuf Islam.

Pendirian Orang-Orang Islam Terhadap Tasawuf.

Bab 2. Akidah Dan lbadat Dalam Tasawuf.

Akidah.

Ketuhanan.

Nubuwwah (Kenabian).

Solat.

Taldif Syara’.

Perkahwinan.

Berkerja.

Jihad.

Bab 3. Al-Ahwal Dan Al-Maqamat.

Pertama: Al-Ahwal..

Harap.

Kedua: Al-Maqamat.

Maqam Taubah.

Bab 4. Ilham Dan Karamah.

Pertama: Ilham.

Kedua: Karamah.

Bab 5. Zikir, Sama Dan Wajd.

Zikir.

al-Sama’.

al-Wajd.

Bab 6. Syatahah Dan Dakwaan.

Pendirian ahli-Ahli Sufi Terhadap Syatahah Dan Dakwaan

Bidang-Bidang Bentuk-Bentuk Syatahat.

Syatahat Dilihat Dari Sudut kajian Ilmu Phsikologi.

Bab 7. Syiar-Syiar Ahli Sufi.

Syeikh.

Adab Murid Dengan Syeikhnya.

Khirqah.

Berlapar.

Khulwah.

Bab 8. Akhlak.

Aspek Amali.

Aspek Teori.

Bab 9. Ahli-Ahli Sufi Dan Golongan-Golongan Islam Yang lain.

Ahli-Ahli Sufi Dan Ahli Sunnah.

Ahli-Ahli Sufi Dan Ulama Fiqh.

Bab 10. Tarikat-Tarikat Sufi.

Kemunculan Tarikat Sufi Dan Kepelbagaiannya.

TarikAt-Tarikat Sufi Yang Terkenal.

Tarikat Al-Rifa’iyyah.

Tarikat Al-Syaziliyah.

Tarikat Al-Tijaniyah.

Kesimpulan.

Rujukan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...