JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Khamis, 6 Mei 2010

Dimensi Pemikiran Shah Waliallah al-Dihlawi Dan Pengaruhnya Di Malaysia.


Tajuk: Dimensi Pemikiran Shah Waliallah al-Dihlawi Dan Pengaruhnya Di Malaysia.
Penyunting: Abdul Salam Muhammad Syukri.
Penerbit: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Buku Dimensi Pemikiran Shah Wali Allah Dan Pengaruhnya Di Malaysia membicarakan aspek-aspek utama pemikiran al-Dihlawi sebagai seorang mujaddid atau reformis dan pengaruhnya di Malaysia.

Pemikiran-pemikiran utamanya meliputi pembaharuan (tajdid) pemikiran dalam ilmu perundangan agama Islam, konsep kebahagian hidup manusia dan keperluannya kepada akhlak yang utama untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, pencarian titik pertemuan (tatbiq) antara doktrin-doktrin tasawuf yang bertentangan terutama pemikiran tasawuf ketuhanan dan pembangunan kembali umat Islam dengan melihat kepada cabaran budaya masyarakat bukan Islam kepada masyarakat Islam.

Dalam konteks Malaysia, buku ini mengemukakan idea tentang kesesuaian pemikiran Shah Wali Allah al-Dihlawi daripada sudut ketuhanan dan kemanusian dalam konteks semasa masyarakat majmuk di Malaysia. Aliran pemikiran Shah Wali Allah al-Dihlawi telah lama bertapak di Malaysia dan perlu dikembalikan kerana relevennya dalam konteks masa kini.

Meneliti perkembangan semasa dan pemikiran al-Dihlawi yang bercorak ilmiah dan bermutu tunggi, sudah sewajarnya masyarakat umum perlu didedahkan kepada pemikiran sedemikian dan seterusnya dapat dicontohi serta diikuti kerana pemikiran beliau mempunyai kekuatan ilmiah yang tersendiri.

Kandungan.

Sekapur Sirih.

Prakata.

Latar Belakang.

Penyumbang.

Jadual Transliterasi.

Selayang Pandang.

Bahagian 1. Pemikiran Shah Wali Allah al-Dihlawi dalam Pelbagai Perspektif.

> Kajian Agama Islam Hendaklah Mengikut Jalan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
- Zainuddin Bin Idris.

> Kebahagiaan, Akhlak dan Hijab Mengikut Falsafah Shah Wall Allah al-Dihlawi.
- Alwi Bin Noordin Dan Nik Hassan Bin Nik Abdullah.

> Tasawuf Falsafi (Philosophical Sufism) Menurut Shah Wall Allah al-Dihlawi.
- Wan Mohd Azam Bin Mohd Amin.

> Pendekatan Teori Shah Wall Allah al-Dihlawi hadap ”Bukan Islam”: Satu Tinjauan Khusus Berdasarkanrya al-Fawz al-Kabir ft Usul al-Tafsir.
- Abdul Salam Bin Muhamad Shukri

> Beberapa Nukilan Tentang Ketokohan Shah Wall Allah al-Dihlawi.
- Nik Muhammad Salleh Bin Hj. Wan Musa.

Bahagian 2. Pengaruh Pemikiran Shah Wali Allah al-Dihlawi

> Kepentingan Tariq Shah Wali Allah al-Dihlawi dan Relevannya dalam Konteks Malaysia Kini/
- Nik Abdul Aziz Bin Nik Hassan.

> Pendekatan Pengajian Agama dalam Jemaah Pengajaran Ulama-ulama Tempatan Tariq Shah Wall Allah al-Dihlawi.
- Nik Abdul Aziz Bin Nik Hassan.

> Mawln Ubayd Allah al-Sindhi (1872-1944) dan Hubungannya dengan Ulama Tempatan.
- Nik Abdul Aziz Bin Nik Hassan.

Bibliografi

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...