JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 17 April 2010

Ibnu Rushd Dan Mazhabnya.

Tajuk: Ibnu Rushd Dan Mazhabnya.
Penulis: Ernest Renan.
Penerbit: Institut Kajian Dasar.

Ibnu Rushd adalah wira falsafah dalam tamadun Islam. Dia membela falsafah dari serangan maut yang dilancarkan oleh al-Ghazali dan memberikan hujah Qur'ani tentang keharusan kegiatan falsafah dari sudut syar'i. Jawapan beliau terhadap al-Ghazali dan ulasan beliau terhadap korpus Aristotle Ibnu Rushd mempengaruhi tradisi falsafah dalam agama Kristian dan Yahudi.

Penyair Dante dalam 'La divina Comedia mendendangkan Ibnu Rushd engan gelaran 'che 1 gran comento feo' orang yang membuat komentar agung kepada falsafah Aristotle. Namun selepas beliau meninggal Ibnu Rushd dilupakan beratus-ratus tahun sehinggalah Ernest Renan menerbitkan buku ini dalam tahun 1852. Renan memperkenalkan Ibnu Rushd sebagai susuk rasional dalam tradisi Islam yang turut meletakkan batu asas rasionalisme kepada Eropah.

Buku ini juga sekaligus memperkenalkan semula kepada dunia Islam seorang jaguh falsafahnya yang diabaikan. Generasi baru sarjana Islamdari dunia Arab ke Paris untuk menghirup udara Pencerahan Eropah dan melalui buku Renan dalam bahasa Perancis mereka menemui Ibnu Rushd. Melalui penemuan tersebut bermulalah satu revolusi intelektual dalam dunia Islam.

Kandungan.

Bab 1. Riwayat Hidup Dan Karya Ibnu Rushd.

Bab 2. Doktrin Ibnu Rushd.

Bab 3. Averroisme Di Kalangan Yahudi.

Bab 4. Averroisme Dalam Falsafah Skolastik.

Bab 5. Averroisme Dan Aliran Padu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...