JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Ahad, 25 April 2010

Pengislahan Mayarakat Melayu: Perbincangan al-Imam 1906-1908.



Tajuk: Pengislahan Mayarakat Melayu – (Perbincangan al-Imam 1906-1908)
Penyelenggara: Abdul Aziz Mat Ton.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Majalah al-Imam telah memainkan peranan penting untuk cuba menggerakkan perubahan dalam masyarakat Melayu pada awal abad ke-20 yang meliputi aspek ekonomi, politik dan pendidikan. Perubahan yang cuba dijelmakan itu adalah berlandaskan pemahaman dan penghayatan akidah Islam yang sebenar. Masyarakat Melayu pada masa itu amat jauh ketinggalan dalam semua aspek kehidupan berbanding bangsa-bangsa lain. Masyarakat Melayu yang dimaksudkan di sini merangkumi seluruh umat Melayu di Nusantara yang pada ketika itu berada di bawah kuasa penjajah.

Majalah ini berperanan sebagai penyalur idea atau pengaruh pengislahan yang dibawa dari Timur Tengah terutamanya untuk disebarluaskan ke seluruh Nusantara. Kesedaran ke arah peningkatan taraf hidup yang lebih tinggi ini telah dicetuskan oleh golongan yang dikenali sebagai Kaum Muda. Perbincangan yang disampaikan telah memberi kesan yang besar terhadap sejarah politik moden dan nasionalisme masyarakat Melayu serantau selain meletakkan asas perjuangan baharu kepada masyarakat Melayu di Nusantara bagi mencapai kemajuana yang dihajati.

Bagi memahami idea pejuang al-Imam dalam mengislahkan masyarakat Melayu di Nusantara, maka dalam buku ini dimuatkan semua perbincangan yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang majalah ini dan tokoh-tokoh Melayu sezaman dengnnya, supaya dapat menelusuri idea dan pemikiran perjuangan islah dalam masyarkat Melayu pada awal abad ke-20. Buku ini amat sesuai dijadikan bahan rujukan terutama kepada pengkaji dan pelajar bidang sejarah sosial-ekonomi dan politik masyarakt Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya. "

Kandungan.

Prakata.

Penghargaan.

Singkatan.

Esei Pengantar.

Perbincangan Sekitar Politik.

Tarbiyah Wal Taalim.

Masalah Tarekat.

Alim Dan Ulama.

Persoalan Pelajaran Dan Pendidikan.

Persoalan Umum.

Soal Dan Jawab.

Bliografi Esei Pengantar.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...