Tajuk: Tranformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur Tengah Dan Malaysia.
Penulis: Ahmad Zaki Bin Hj Abdul Latif.
Penerbit: Universiti Teknologi Mara
Kebangkitan Islam yang dicetuskan oleh gerakan Islah dan dakwah di Timur Tengah jelas membawa perubahan kepada gerakan Islah dan dakwah di Alam Melayu. Tulisan ini cuba menyingkap sejauhmana pengaruh gerakan tersebut dalam tiga aspek penting:
Pertama: Gerakan Islah yang muncul di Timur Tengah menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai sumber kekuatan perjuangan mereka menegakkan Islam. Seruan Islah yang digemakan oleh al-Afghani-Abduh di sana menjadi sumber inspirasi para muslih di Alam Melayu menegakkan Islah di tanah air mereka sekaligus menjadi faktor penggerak menentang penjajahan barat terutama di awal abad 20.
Keduanya: pada tahun 1924 Turki mengisytiharkan negaranya sebagai sebuah negara sekular, menyaksikan kemunculan ideologi sekularisme mengusai dunia Islam. Pada tahun 1928, al-Ikhwan al-Muslimun muncul sebagai gerakan dakwah di Mesir. dengan penampilan Islam sebagai 'nizam al-hayah' menghadapi kemelut sekularisme di sana. Kebangkitan Islam di Timur Tengah pada dekad 70-an didasarkan kepada tradisi ilmu dan dakwah semasa yang bersumberkan al-Quran dan Al-Sunnah. Pertembungan gerakan Islam dengan sekularis di Timur Tengah telah melahirkan gejala radikalisme menyanggahi aliran moderat yang diasakan oleh al-Ikhwan al-Muslimun.
Ketiganya: pada awal tahun 1971, ABIM muncul sebagai gerakan dakwah di Malaysia yang menampilkan Islam sebagai 'nizam al-hayah'. Pada peringkat awal perkembangannya banyak dipengaruhi oleh pemikiran Islam al-Ikhwan al-Muslimun tetapi kemudiannya berjaya membentuk manhaj tersendiri iaitu 'Manhaj Maliziy' hasil pengalaman dan tradisi kajian yang dipelopori oleh para pengasasnya.
Kandungan.
Bab 1. Dakwah Islam Dan Kebangkitan Islam.
Pengenalan.
Konsep Dakwah Dan Islah.
Istilah Harakah.
Sejarah Awal Kebangkitan Umat Islam.
Nota Akhir.
Bab 2. Harakah Islam Di Timur Tengah Dan Tanah Melayu.
Kemunculan Gerakan Islah.
Pemikiran Islah Menentang Pemikiran Barat.
Pengislaman di Alam Melayu.
Peranan Ulama Melayu Di Alam Melayu.
Al-Imam Dan Pemikiran Islah.
Pertembungan Pemikiran Kaum Tua Dan Kaum Muda.
Pemikiran Islah Dalam Politik Melayu.
Kesimpulan.
Nota Akhir.
Bab 3. Kebangkitan Semula Islam Di Timur Tengah.
Pengenalan.
Kemunculan Gerakan Islam.
Faktor-faktor Kebangkitan Umat Islam.
Kemunculan Gerakan Radikal.
Asal Usul Radikalisme Dalam Gerakan Islam.
Radikalisme Dalam al-Ikhwan al-Muslimun.
Revolusi Islam Iran.
Gerakan Islam Dan Politik Kepartian.
Peperangan Teluk Dan Gerakan Islam.
Kesimpulan.
Nota Akhir.
Bab 4. Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia.
Pengenalan.
Kemunculan Gerakan Dakwah.
Pengaruh Kebangkitan Semula Islam.
Faktor-faktor Kebangkitan Semula Islam.
Islam Dalam Gerakan Islam.
Pemikiran Dakwah Dan Tarbiah.
Kesimpulan.
Nota Akhir.
Bab 5. Pengislahan Masyarakat Melayu: Cabaran Dan Penyelesaian
Pengenalan.
Kerangka Aqidah Islamiyah.
Kehidupan Kerohanian Akhlak.
Kerangka Syariah Dan Mazhab.
Pendidikan Dan Kerangka Intelektual.
Menghadapi Cabaran Globalisasi Dan ICT.
Rumusan.
Nota Akhir.
Biblografi.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan