JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Selasa, 20 April 2010

Rasyid Rida: Pengaruhnuya Di Malaysia.


Tajuk: Rasyid Rida: Pengaruhnuya Di Malaysia.
Penulis: Mustafa Abdullah.
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya.

Rasyid Rida merupakan tokoh tafsir yang terkemuka. Idea, buah fikiran dan gagasan yang dilontar dalam karyanya Tafsir al-Manar boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Malahan agenda pembaharuan Islam yang diperjuangkan olehnya membawa pengaruh kepada perkembangan Islam khususnya di alam Melayu. Pembaharuan dalam beberapa bidang termasuk tafsir berjaya memartabatkan pengajian tafsir ke tahap sewajarnya dengan menggunakan pelbagai metode, corak dan gaya dalam rnentafsir al-Quran.

Antara bentuk tafsir yang diketengahkannya menyentuh pelbagai aspek merangkumi agama, politik, masyarakat dan sebagainya. Rasyid Rida berusaha menghubungkan ajaran al-Quran dengan masyarakat di samping membuktikan Islam sebagai agama universal, abadi dan sesuai dengan perkembangan zaman. Penerapan juga dilakukannya dalam sistem politik dengan mengemukakan gagasan kesatuan umat Islam sambil menolak sekularisasi Barat yang memisahkan agama dengan pentadbiran negara.

Aliran pernikiran ini memberi kesan mendalam kepada perkembangan gerakan Islam khususnya di Malaysia. Tafsir al-Manar juga adalah menifestasi daripada pemikirannya dalam memahami kandungan al-Quran. Idea- idea beliau yang terarah kepada pembaharuan Islam dalam aspek agama, pendidikan, sosial dan politik wajar diketengahkan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat Islam. Penulisan buku ini juga mengenal pasti sumber dan metodologi yang digunakan oleh Rasyid Rida dalam mentafsir ayat al-Quran serta mengetengahkannya secara ilmiah sebagai rujukan kepada individu dan masyarakat.

Kandungan

Prakata

Bab 1. Biografi Rasyid Rida.

Sejarah Kelahiran.

Kehidupan Berkeluarga.

Latar Belakang Pendidikan.

- Guru Dan Sumber Ilmu.

> Syeikh Muhammad Husayn al-Jisr (m. 1327H/1909M).

> Syeikh Mahmud Nasyabah (m. 1308H/1890M).

> Syeikh ’Abd al-Ghani al-Rafi’i (m. 1308H/1890M).

> Syeikh Muhammad al-Qawaqji (m.1305H/1888M).

> Sayyid Jamal al-Din al-Afghani (m. 1315H /1879M).

> Syeikh Muhammad Abduh (m.1323H/1905M).

Pengalaman Hidup.

Hasil Karya.

Bab 2. Tafsir Al-Manar: Sumber, Metodologi Penulisan Dan Pentafsiran.

Pengenalan Tafsir al-Manar.

Sumber Utama Penulisan Tafsir al-Manar.

> Sumber Daripada Karya Tafsir.

Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an.

Ma’alim al-Tanzil.

Tafsir al-Kasysyaf.

Tafsir al-Kabir atau Mafatih al-Ghayb.

Al-Jami’ Ahkam al-Qur’an.

Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil.

Tafsir al-Qur’an al-’Azim atau Tafsir Ibn Kathir.

Al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma’thur.

Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an al-’Azim wa al-Sab’u al-Mathani.

> Sumber daripada karya Hadis.

Sahih al-Bukhari.

Sahih Muslim.

Sunan Abi Dawud.

Sunan al-Tirmidhi.

Sunan Ibn Majah.

Musnad Ahmad bin Hanbal.

> Sumber daripada Karya Hadis.

> Sumber daripada Karya Fiqah.

> Sumber daripada Karya Bahasa dan Nahu.

> Sumber daripada Karya Tauhid, Tasawuf dan Firaq al-Islamiyyah.

> Sumber daripada Karya Sejarah dan Sirah.

Metodologi Penulisan Tafsir al-Manar.

> Memperkenalkan Kedudukan Surah.

> Mengemukakan Asbab al-Nuzul Ayat.

> Memadankan Munasabah Ayat dan Surah.

> Memberi Tumpuan pada Aspek Bahasa al-Quran.

> Menjadikan al-Qira’at sebagai Landasan Tafsir.

> Menolaak Riwayat Isra’iliyyat.

Metodologi Pentafsiran Tafsir al-Manar.

> Tafsir al-Quran dengan Sumber al-Ma’thur.

> Tafsir al-Quran dengan al-Quran.

> Tafsir al-Quran dengan Hadis Nabi.

> Tafsir al-Quran dengan Pendapat Sahabat dan Tabiin.

> Tafsir el-Quran dengan Sumber Akal.

> Kisah Kejadian Adam.

> Persoalan Sihir.

> Persoalan jin.

> Orang yang Melakukan Dosa Besar.

> Mukjizat Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 3. Pemikiran Pembaharuan Rasyid Rida Dalam Tafsir Al-Manar.

Pemikiran dalam Akidah.

Tawhid al-Uluhiyyah.

Tawhid al-Asma’ wa al-Sifat.

Kesan Pernikiran dalam Akidah.

Persoalan Taqlid.

Persoalan Tawassul.

Menentang Perkara Syink, Bidaah dan Khurafat.

> Perayaan Maulid Nabi.

> Ziarah dan Berdoa di Kubur.

> Keramat Para Wali dan Orang Soleh.

Pemikiran Sosial dan Kemasyarakatan.

> Memartabatkan Kaum Wanita.

> Penjelasan Tentang Konsep Ilmu.

> Peranan Ulama dalam Masyarakat.

Pemikiran Politik.

> Pan Islamisme.

> Kesatuan Ummah.

> Persamaan Taraf.

> Kesatuan Agama.

> Kesatuan Perundangan.

> Kesatuan Sistem Sistem Politik Antarabangsa.

> Kesatuan Sistem Kehakiman.

> Kesatuan Bahasa.

> Toleransi Bermazhab.

Bab 4. Pengaruh Rasyid Rida Di Malaysia..

Proses Transmisi Idea Rasyid Rida ke Malaysia.

Perjuangan Tajdid Ulama Kaum Muda.

Pemurnian Ajaran Islam.

Toleransi Bermazhab.

Pendidikan Orang Melayu.

Pembelaan Terhadap Kaum Wanita.

Pengaruh Rasyid Rida kepada Pengajian Tafsir.

Pengajian Tafsir di Madrasah.

Aktiviti Terjemahan Karya Tafsir.

Tafsir al-Manar Sebagai Rujukan Ulama Tempatan.

Biblografi.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...