JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 29 April 2013

Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa


Tajuk: Melayu, Nasionalisme Radikal dan Pembinaan Bangsa
Penulis: Ahmat Adam
Penerbit: Penerbit Universiti Malaya

Kendati pun sejarah orang Melayu dalam gerakan kebangsaan di Malaysia telah pernah ditulis, tetapi tidak banyak pengarang yang dengan jelas cuba mentakrifkan siapa dia yang disebut Melayu itu dan bagaimana, di sebalik keterikatan orang Melayu kepada nilai-nilai tradisionalnya, agama Islam masih tetap berperanan ampuh dalam mencitrakan budaya dan kerangka nilai bangsa ini hingga ke zaman sekarang. Berbekalkan nilai-nilai inilah, baik yang bersifat keagamaan mahupun adat, orang Melayu mengharungi perubahan menuju kemodenan dan ini diejawantahkan dalam gerakan politik dan Islam radikal yang cuba menggembleng orang Meayu menentang penjajahan British. Buku ini menghimpun kan beberapa esei yang ditulis berdasarkan penyelidikan, untuk cuba membicarakan sejarah asal-usul bangsa Melayu dalam konteks gugusan kepulauan Melayu, pembentukan jati diri, dan kaitannya dengan gagasan” kemelayuan”, serta kesedaran kebangsaan yang lahir sebelum Perang Dunia Kedua akibat sentuhan pengaruh dari seberang Selat Melaka. Secara khusus buku ini menumpukan perhatian kepada sejarah pertumbuhan dan perkembangan politik radikal dalam kalangan orang Melayu dan cuba membahaskan tanggapan serta respons mereka terhadap keberadaan bangsa-bangsa bukan Melayu dalam upaya pembentukan suatu bangsa Malaya dan kemudiannya Malaysia.

Kandungan:

Prakata

1. Identiti dan Citra Melayu dalam Lintasan Sejarah Bangsa Rumpun Melayu

2. Mempertikaikan Kemelayuan: Identiti Melayu Menyeberang Sempadan

3. Islam di Malaysia: Sedikit Latar Belakang Sejarahnya

- Kedatangan Islam ke Asia Tenggara

- Islam di Malaysia

- Sejauh manakah Melaka berperanan sebagai sebuah pusat penyebaran Islam?

- Antara Melaka dengan Aceh sebagai kerajaan Islam

- Faktor Bugis dalam budaya politik Melayu

- Inggeris bertapak

- Perkembangan Islam pada abad ke-19

- Gerakan Kaum Muda dan Pan-Islam

- Pers dan Pendidikan sebagai Pemangkin Kesedaran

- Tumbuhnya kesedaran politik

4. Perpaduan Umat Melayu: Satu Tafsiran Sejarah

5. Pengaruh dari Indonesia dalam Aliran Kiri Gerakan Kebangsaan Melayu

- Bilakah istilah “Indonesia Raya” digunakan?

6. “Melayu Raya” Sebagai Gagasan Politik Antikolonial dalam Sejarah Perjuangan Kemerdekaan

7. Kesedaran Politik Bumiputera Sabah

8. Perlembagaan Rakyat: Upaya Kaum Bukan Melayu dan Aliran Kiri Melayu Membina Nasion Malaya yang Berbilang Bangsa

9. Politik Melayu dan Semangat Kebangsaan

10. Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan: Sikap Orang Cina Malaysia Terhadapnya

11. Permasalahan Kebudayaan Kebangsaan: Menjenguk Kembali Isu-isunya

 12. Pembinaan Nasion dan Masalah-masalahnya: Pengalaman Malaysia

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...