JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Jumaat, 23 April 2010

Suara Orang Buangan: Renungan-Renungan Tentang Islam.


Tajuk: Suara Orang Buangan: Renungan-Renungan Tentang Islam.
Penulis: Nasr Hamid Abu Zaid
Penerbit: Middle Eastern Graduates Centre (MEGC)

Nasr Hamid Abu Zaid telah dipaksa meninggalkan Universiti Kaherah kerana dianggap tersesat. jenayahnya? Nasr menyebut dalam tulisannya bahawa sejarah dan budaya turut diambil kira dalam mentafsirkan al-Quran.

Selain itu Nasr juga menghujahkan bahawa dalam penafsiran al-Quran, ayat-ayat suci itu harus difahami secara tamsilan (metafora) dan bukan secara kaku dan hurufiah.

Pada Jun 1995, Mahkamah Rayuan Kaherah menjatuhkan hukum bahawa tulisan-tulisan di dalamnya dan dengan sendirinya membuktikan beliau sebagai seorang murtad. Golongan Islamis mengancam nyawanya

Dia tidak lagi dapat mengajar. Para pengawal lengkap bersenjata berkawal sekeliling rumahnya. Para peguam cuba memisahkan Nasr dan isterinya, juga seorang profesor di Universiti Kaherah.

Semuanya bersandarkan alasan bahawa seorang wanita Muslim tidak boleh berkahwin dengan Non-Muslim. Nasr Justeru telah diisytiharkan sebagai murtad tidak boleh lagi dikira sebagai seorang Muslim. Urutan dari itu kedua-dua mereka tslah melarikan diri ke Belanda. Sejak iru Nasr mengajar bahasa arab dan pengajian Islam di Universiti Leiden.

Dengan terbitnya buku ini dunia berpeluang mendengar cerita dari yang empunya badan. Nasr Hamid yang telah terlibat dalam salah satu kontroversi paling ribut di abad ke 20. Selain penjelasan tentang kontroversi berkenaan, menerusi buku ini Nasr juga mencatatkan renungannya tentang Islam yang digeluti dan dialaminya sejak kecil

Prakata.
Bab 1. Dituduh Murtad.

Bab 2. Di usia Muda.

Bab 3. Badriyya, Karima, Ayat Dan Shereen.

Bab 4. Makna Dan Semangat Kesarjanaan.

Bab 5. Ini Sikap Saya.

Bab 6. Kelana Di Amerika.

Bab 7. Pengalaman Di Jepun.

Bab 8. Ebtehal.

Bab 9. Perjalanan Sebagai Pendidik.

Bab 10. Mesir: Kunjungan Singkat.

Bab 11. Silangan: Teori Dan Amali.

Bab 12. Memandang Masa Depan Islam.

Bab 13. Jalan Hadapan.

Lampiran.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...