Tajuk: Politik al-Imam.
Penulis:Abdul Azia Mat Ton.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Majalah al-Imam ialah majalah golongan islah-Islamiah yang sangat terkenal kerana majalah ini sering disebut-sebut oleh para sarjana sejarah Nusantara moden apabila membicarakan tentang kebangkitan perjuangan kemerdekaan di rantau mi. Namun, kebanyakan tulisan itu membuat gambaran sambil lalu sahaja dan kadang-kadang mengelirukan.
Penelitian dan perbincangan buku ini tertumpu kepada tema politik. Dengan memberikan latar belakang sejarah masyarakat Islam sejagat, penulis cuba memberikan tafsiran tentang saranan perjuangan islah berhubung dengan keburukan politik penjajah Eropah dan menyarankan pembacanya supaya melepaskan dini daripada belenggu penjajahan kuasa-kuasa Barat itu.
Buku ini cuba membetulkan beberapa kekeliruan dan salah tanggap sarjana-sarjana tercahulu terhadap dan, pada masa yang sama, memberikan landasan pandangan baru terhadap asal usul perjuangan kemerdekaan masyarakat Nusantara yang bermula pada dekad pertama kurun ke-20.
Kandungan.
Prakata.
Bab 1. Pengenalan.
Bab 2. Islam Dalam Politik Nusantara Kurun Ke-16 Hingga Ke-18.
- Kerajaan Melaka dan Agama Islam.
- Nusantara dan Penjajahan Portugis.
- Kemunculan Sepanyol.
- Kemunculan Belanda dan Inggeris di Nusantara.
Bab 3. Kelahiran Nasionalisme Dan Imperialisme: Mangsanya Di Asia Barat Kurun Ke-19.
- Kemunculan Nasionalisme Dan Imperialisme Islam Dan Budaya Politik.
- Kemunculan Dinasti.
- Muhammad Ali, Mesir.
- Perkembangan Empayar Turki.
- Perkembangan Di Iran.
Bab 4. Imperialisme Di Nusantara Kurun Ke-19.
- Perkembangan Ekonomi.
- Perkembangan di Hindia Timur Belanda.
- Imperialisme Dekad Pertama Kurun ke-20.
Bab 5. Pelancaran Islah Dan Al-Imam.
- Jamaluddin al-Afghani.
- Tokoh-Tokoh al-Imam.
- Naskah Pelancaran.
Bab 6, Pendidikan Politik Al-Imam.
- Ideologi: Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanah Air.
- Nasionalisme Dan Pan-Islamisme.
- Teguran Terhadap Politik Tradisional Raja-Raja Dan Orang-Orang Besar.
- Ulama Tradisional.
- Golongan Hartawan.
- Alat Politik Moden.
Bab 7. Politik Al-Imam: Tapak Perjuangan Kemerdekaan.
- Antikolonialisme Dan Imperialisme.
- Kemerdekaan: Suatu Pengharapan.
- Memperkukuhkan Keyakinan Perjuangan.
- Kebangkitan Semula Timur Kemegahan Tempatan.
Penutup.
Lampiran.
Bibliografi.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan