Tajuk: Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Pertumbuhan Dan Perkembangan.
Penulis: Roslan Saadon.
Penerbit: Karisma Publications.
Buku ini cuba memaparkan perjuangan bangsa Melayu yang bersandarkan kepada nasionalisme Melayu Raya. Nasionalis yang berpegang kepada faham ini bercita-cita menyatukan semua umat Melayu di Nusantara di bawah satu entiti politik. Sejarah silam Alam Melayu dijadikan pedoman dan penggerak dalam menghadapi penjajahan Barat. Perjuangan nasionalisme Melayu Raya sering dikaitkan dengan golongan radikal seperti KMM, PKMM, AWAS dan sebagainya. Fahaman ini digarap oleh tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin, yang kemudiannya dimanifestasikan pula dalam bentuk perjuangan politik. Tokoh-tokoh radikal ini telah menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai impian. Selepas era kemerdekaan, istilah Melayu Raya sebagai agenda politik semakin pudar dan terus lenyap beberapa dekad selepas itu. Konsep gagasan Melayu Raya hanya relevan dalam konteks bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Hubungan negara-negara di Nusantara dalam konteks ini boleh dilihat melalui program-program kerjasama, konvensyen, seminar dan sebagainya.
Kandangan
Senarai Singkatan
Pendahuluan.
Bab 1. Sejarah Intelektual Dan Permasalahan Nasionalisme: Pengenalan Ringkas.
1.1. Sejarah Intelektual (Intellectual History).
1.2. Permasalahan Nasionalisme.
1.3. Aliran-Aliran Nasionalisme.
Bab 2. Latar Belakang Pengaruh.
2.1. Pengenalan.
2.2. Pengaruh Politik Indonesia.
Budi Utomo.
Sarekat Islam.
lndische Partij.
Parti Komunis Indonesia (PKI).
Partai Nasional Indonesia (PNI).
2.3. Pengaruh Kesusasteraan Indonesia.
Balai Pustaka.
Pujangga Baru.
Sanusi Pane dan Armijn Pane.
Muhammad Yamin dan Karya Kesusasteraan.
2.4. Muhammad Yamin Dan Sumpah Pemuda 1928.
2.5. Jose Rizal Dan Gagasan Melayu Raya.
Bab 3, Pertumbuhan Gagasan Melayu Raya.
3.1. Pengenalan.
3.2. Sultan Idris Training College (SITC).
3.3. Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan Dan Prakata iii Gagasan Melayu Raya.
3.4. Cikgu Harun Muhammad Amin Dan Gagasan Melayu Raya.
3.5. Buyong Adil dan Penulisan Sejarah Alam Melayu.
Bab 4. Perkembangan Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Sebelum Perang.
4.1. Pengenalan
4.2. Kesatuan Melayu Muda (KMM).
4.3. Perjuangan Ibrahim Yaakob di Tanah Melayu.
4.4. Pemikiran Ibrahim Haji Yaakob.
Sumber Idea Dan Pengaruh Yang Diterima Oleh Ibrahim Haji Yaakob.
Pemikiran Ibrahim Haji Yaakob Dari Sudut Politik.
Pemikiran Ibrahim Haji Yaakob Dari Aspek Ekonomi.
Pernikiran Ibrahim Haji Yaakob Dari Aspek Pendidikan.
Bab 5. Perkembangan Gagasan Nasionalisme Melayu Raya: Selepas Perang.
5.1. Pengenalan.
5.2. Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS).
5.3. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
5.4. Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Parti Islam Se-Malaya (PAS).
5.5. Ahmad Boestamam dan Parti Rakyat Malaya (PRM).
5.6. Perjuangan Ibrahim Haji Yaakob Di Indonesia.
Bab 6. Penerusan Semangat Melayu Raya.
6.1. Pengenalan.
6.2. Kerjasama Politik.
6.3. Kerjasama Bahasa.
6.4. Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA).
6.5. Badan-badan Bahasa, Kesusasteraan Dan Kebuaayaan Di Negara-Negara Lain Di Nusantara.
6.6. Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA).
Bab 7. Gagasan Melayu Raya.
7.1. Gagasan Melayu Raya: Antara Impian Dan Realiti.
7.2. Kesimpulan.
Biblografi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan