Tajuk: Falsafah Sains Daripada Perspektif Islam.
Penyelenggara: Baharudin Ahmad.
Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sejak abad ke-18 di Eropah dan pada dekad-dekad kebelakangan ini di Malaysia dan negara-negara Islam lainnya, sains Barat moden sentiasa dilihat sebagai satu-satunya sains yang hakiki yang menerangkan tentang hakikat alam dan kejadiannya Tafsiran tentang alam ini pula sering membawa kepada tafsiran tentang Tuhan dan hakikat dini manusia.
Buku ini menafikan anggapan bahawa sains Barat moden adalah satu-satunya stins yang boleh memberi semua tafsiran tentang hakikat kejadian walaupun tidak menafikan bidangnya sebagai salah satu bidang ilmu pengetahuan la juga sekali gus meletakkan sains Barat moden itu dalam satu perspektif yang lebih sesuai. la mengkritik anggapan serta tafsiran sains Barat moden itu terhadap agama dan fenomena agama.
Ia merupakan buku pertama dalam bahasa Melayu yang mengumpulkan pendapat pemikir Timur dan Barat dalam bidang falsafah sains yang mengkritik sains moden tersebut. Tulisan para penulis dan pemik.r seperti S.H. Nasr, Huston Smith, Lord Northborne, Frithjof Schuon, Osman Bakar serta rencana dan pengenalan oleh Baharudin Ahmad menjadikan pembaca berbahasa Melayu dapat berkongsi sama bahan-bahan kritikan terhadap sains moden yang umumnya masih belum terdapat dalam bahasa Melayu.
Kandungan
Kata Pengantar.
- Al-Quran Dan Sains Moden.
> Bucaille.
- Islam Dan Sains Moden.
> S.H. Nasr.
- Kedudukan Sains.
> Huston Smith.
- Persoalan Mengenai Kaedah Dalam Sains Islam.
> Osman Bakar.
- Kritikan Terhadap Sains Moden.
> F. Schuon..
- Masalah Ekologi Menurut Tasawuf..
> S.H. Nasr.
- Mewujudkan Tanadun Ilmu Berlandaskan Tauhid.
> Osman Bakar.
- Batasan Sains Moden.
> Northbourne.
- Ilmu Tradisional: Pencarian Moden.
> Baharudin Ahmad.
Indeks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan