JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Isnin, 2 Januari 2012

Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu.


Tajuk: Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu.
Penulis: Mohammad Hashim Kamali.
Penerbit: Ilmiah Publication Sdn. Bhd.

Dari kajiannya, Mohammad Hashim Kamali mendapati bahawa mazhab-mazhab fiqh ulung hanya menekankan aspek-aspek hukum hudud di dalam Quran yang berbentuk hukuman dan penghindaran, tetapi mengabaikan aspek pemahaman terhadap pembaikan diri dan taubat. Ulama-ulama terdahulu lebih cenderung untuk melaksanakan hukuman-hukuman keras, lalu tidak mampu merealisasikan hasrat al-Quran yang menganjur pemulihan semula dan taubat. Ketidakupayaan ini mungkin berlaku kerana pelaksanaan menyeluruh kehendak al-Quran memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi, sedangkan kerajaan pada masa itu mungkin tidak mempunyai sumber dan pakar-pakar yang mencukupi. Oleh kerana kerajaan pada masa ini mempunyai sumber yang mencukupi; maka sudah tiba masanya untuk melaksanakan hukum-hakam dan kehendak al-Quran secara menyeluruh supaya kita tidak melaksanakan hanya sebahagian dari kehendak hudud al-Quran – yang setakat ini hanya diterampilkan sebagai sesuatu yang begitu keras dan ketat. Setelah menjalankan kajian, beliau membuat rumusan bahawa Rang Hudud Kelantan adalah hasil taqlid buta yang gagal mengambilkira hakikat masyarakat semasa serta gagal membuat perubahan-perubahan sesuai pada beberapa penggubalan fiqh di zaman-zaman pra-moden.

Kandungan

Nota Mengenai Rang Undang-undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002

Mukadimah

Prakata oleh Profesor Dr. Muhammad Fathi Osman

Mengenai Penulis

Pengenalan

Bab 1. Suatu Pandangan Menyeluruh Rang Hudud Kelantan

Bab 2. Masalah-masalah Rang Hudud

1. Isu-Isu Perlembagaan

2. Kedudukan Masyarakat Bukan Islam

3. Isu Rogol dan Bukti Zina

4. Keterangan Qarinah (Circumstantial Evidence) Isu Murtad (irtidad)

6. Definisi Muhsan

7. Hukuman Curi

8. Haruskah Minum Arak Diletakkan di bawah Hudud?

9. Isu-isu Tentang Qazaf

Bab 3. Analisa Tentang Hadd dalam al-Quran, Sunnah dan Fiqh

1. Hadd dalam al-Quran

2. Penekanan al-Quran Mengenai Taubat

3. Pandangan Perundangan Terhadap Taubat

4. Hadd dalam Hadith

5. Hadd dan Haqq Allah Mengikut Penjelasan Ilmu Fiqh

Bab 4. Falsafah Hudud

Bab 5. Persoalan mengenai Hukuman Zina

1. Penerangan Isu-isu

2. Pendapat mengenai Rejam: Abu Zahrah dan al-Zarqa

Bab 6. Islam Sebagai Suatu Sistem yang Menyeluruh

Kesimpulan

Warta Kerajaan Negeri Kelantan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...