JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 5 November 2011

Memoir Politik Asri: Meniti Arus.


Tajuk: Memoir Politik Asri: Meniti Arus.
Penulis: Asri Hj. Muda.
Penerbit: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dato' Asri Hj. Muda Pekikan kalimah Iran `Marakbah Asri' (pergi mampus Asri!) yang berselang seli dengan kalimah Allahuakbar! dalam muktamar ke 28 PAS, Oktober 1982 akhirnya menumbangkan Asri dari kepimpinannya. Pemuda-pemuda PAS ketika itu hanya ada satu tekad: menegakkan Negara Islam di Malaysia. Sepuluh tahun kemudian Asri menulis memoir politiknya ini dan PAS belum lagi dapat melaksanakan quo vadisnya itu. PAS sebaliknya terpaksa berkongsi kuasa di Kelantan, dan menjadi pembangkang di Terengganu dan di Parlimen. Dua belas tahun sebelum itu, PAS di bawah Asri berkuasa di Kelantan dan mempunyai wakil dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu, Perlis, Kedah dan Perak. Politik kompromi cara Asri bahkan telah memberi tempat kepada PAS dalam kabinet pusat, menjadi exco negeri, selain wakil PAS dapat hadir dalam Dewan Negara, menjadi duta dan menduduki beberapa badan berkanun. Demikianlah Asri memperlihatkan political will yang ada padanya sehinga turut diajak membangunkan semula kedudukan politik negara yang telah runtuh sama sekali sesudah pilihan raya umum 1969. Kini, Asri sudah tiada. Apakah PAS tetap mahu menolak politik kompromi cara Asri tetapi dalam masa yang sama berkongsi kuasa dengan Semangat 46 di Kelantan Double standard PAS dalam mempertahankan quo vadis negara Islamnya itu sudah lama ditolak oleh Asri kerana itu juga menurut Asri merupakan penolakan rakyat.

Kandungan

Senarai Gambar

Sekapur Sirih

Kata Pengantar

1. Latar Belakang

2. Mula Berjuang dalam PAS

3. Konvensyen Nasional

4. Mencari Ganti Pemimpin

5. PAS Kelantan dan Terengganu

6. Menghadapi Pilihan Raya

7. Pilihan Raya 1959

8. Kelantan Bawa Malaysia ke Mahkamah

9. Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri

10. Konfrontasi dan Pilihan Raya 1964

11. Memikul Tanggungjawab Parti

12. Tumbangnya Kerajaan PAS Terengganu

13. Peristiwa Lompat-Melompat

14. Tuduhan Penyelewengan Kerajaan Negeri

15. Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan

16. Kerjasama PAS - Perikatan (UMNO) 1973

17. Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional

18. PAS Dikeluarkan daripada Barisan Nasional

19. Isu Kafir-Mengkafir dan Revolusi Iran

20. Saat-Saat Akhir Dalam PAS

21. Perletakan Jawatan Yang DiPertua Agung PAS

Lampiran 1. Wawancara Khas.

Lampiran 2. Pilihanraya Umum 1974: Senarai Calon PAS Yang Menang.

Lampiran 3. Pilihanraya Umum 1978: Senarai Calon PAS Yang Menang.

Lampiran 4. Pilihanraya Umum 1982: Senarai Calon PAS Yang Menang.

Rujukan.

Senarai Gambar.

Gambar 1. Suasana Muktamar PAS di Dewan Zulkifli Muhammad, Kota Bharu

Gambar 2. Makan malam majlis puja umur Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Yahya Petra, 1970

Gambar 3. Di Timur Tengah 1966

Gambar 4. Mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan, 1964

Gambar 5. Bergambar selepas menerima darjah kebesaran daripada Sultan Kelantan, 1963

Gambar 6. Menerima Doktor Kehormat daripada Universitas Islam Sumatera Utara

Gambar 7. Menyampaikan pidato ”Komitmen Pendidikan Islam dalam Membentuk Wajah Dunia Baru”

Gambar 8. Bersama-sama Dato Amar Sulaiman Daud pada suatu acara sewaktu menjadi Menteri Tanah dan Tugastugas khas

Gambar 9. Mengabadikan kenangan pada ulang tahun ke-68, 10 Oktober 1991

Gambar 10. Bergambar ramai bersama ahli exco negeri Kelantan, 1963.

Gambar 11. Bersama-sama tenaga pengajar daripada Universiti al-Azhar sewaktu meninjau tapak Pusat Pengajian Tinggi Islam Nilam Puri (kini Akademi Islam Universiti Malaya), 1966

Gambar 12. Bilik gerakan pilihan raya PAS di Pengkalan Chepa, 1969

Gambar 13. Mengangkat sumpah Menteri Besar Kelantan, 1965

Gambar 14. Sebagai Menteri Besar Kelantan, bergambar ramai di hadapan Istana Balai Besar, Kota Lama, 1965

Gambar 15. Selepas perlantikan sebagai speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, bergambar di hadapan Istana Balai Besar, Kota Lama (kini Muzium Negeri), 1959

Gambar 16. Dalam Suatu Majlis bersama Tun Hussein Onn

Gambar 17. Warkah yang dikirim sewaktu menunaikan haji di Mekah, 1988

Gambar 18. Sewaktu berkempen untuk PAS, 1978

Gambar 19. Dalam salah sebuah seminar sewaktu menjadi karyawan Tamu di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM )

Gambar 20. Ketibaan Tun Abdul Razak ke Kelantan, 1971

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...