JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 4 September 2010

Sejarah Perjuangan Melayu Patani.


Tajuk: Sejarah Perjuangan Melayu Patani.
Penulis: Nik Anuar Nik Mahmud.
Penerbit: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patani yang damai dan indah memendam banyak sejarah perjuangan rakyatnya. Di sini telah lahir dan gugur pejuang-pejuang dari kalangan aristokrat seperti Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, Tengku Abdul Jalal dan Tengku Mahmood Mahyidden yang kemudiannya didukung tuan-tuan guru pondok termasuk Hj. Sulung. Kesultanan Melayu Patani berakhir dengan muslihat Phya Sri Shadheb ke atas Tengku Abdul Kadir. Dasar Penjajahan Siam ke atas Patani disokong pakatan jahat kuasa besar terutama British dan Perancis. Orang Melayu Patani yang berjuang mengusir Jepun berharap British dapat pula membantu mereka menghalau Siam dari bumi Patani kerana Siam sebelum itu memberi ruang kepada Jepun menyusup ke Tanah Melayu untuk mengusir British. Sebaliknya British bersekongkol dengan Siam menghancurkan perjuangan rakyat Patani dalam GEMPAR, Force 136 dan PULO. Pembunuhan kejam Hj. Sulung serta kematian Tengku Mahmood Mahyidden yang mencurigakan pada tahun yang sama, 1954, memberi pukulan ke atas gerakan kemerdekaan Patani yang kemudiannya terpaksa bergerak secara amat terbatas.

Kandungan.

Pendahuluan.

Penghargaan.

Bab 1. Kerajaan Melayu Patani.

Bab 2. Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani.

Bab 3. Patani di bawah Pemerintahan Siam.

Bab 4. Perjuangan untuk Kemerdekaan dan Percantuman.

Bab 5. Tuntutan Autonomi dan Reaksi Kerajaan Siam.

Bab 6. Sikap British Terhadap Pergolakan di Patani.

Bab 7. Darurat dan Kesannya ke atas Orang-Orang Melayu Patani.

Bab 8. Persidangan Songkhla dan Implikasinya ke atas Pergerakan Politik Melayu Patani.

Bab 9. Rumusan.

Senarai Gambar.
Gambar 1. Hj. Su lung al-Fattani, atau nama sebenarnya Muhammad bin Haji Ab. Qadir Bin Muhammad bin Tuan Minal.

Gambar 2. Tengku Abdul Kadir Kamaruddin.

Gambar 3. Tengku Abdul Kadir Petra.

Gambar 4. Tengku Mahmood Mahyiddeen.

Gambar 5. Pridi Banamyong.

Gambar 6. Kooday.

Gambar 7. Pibul Songgram.

Gambar 8. Madrasah al-Maarif al-Wataniah Fattani, dibangunkan oleh Hj. Su lung dan masyarakat Islam patani, dirasmikan oleh Perdana Menteri Thai, pada tahun 1933.

Catatan.

Rujukan.

Indeks.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...