JUALAN BUKU TERBARU SAYA

JUALAN BUKU TERBARU SAYA

Carian

Sabtu, 19 Mac 2011

Kenangan Tungku: Wawancara Dengan K.Das.


Tajuk: Kenangan Tungku: Wawancara Dengan K.Das.
Penyunting: Kua Kia Song.
Penerbit: Strategic Information Research Development

Adalah satu kisah kenangan atau biografi rasmi yang terhampir yang boleh kita baca mengenai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Pita-pita ini mengandungi wawancara diantara Tunku dengan K. Das, penulis biografi yang telah dilantik pada tahun 1988. Sepanjang tahun parti pemerintah UMNO, ternampak menghadapi satu krisis politik yang serius semenjak tahun 1969 dan serangan Kerajaan Mahathir terhadap Kehakiman Malaysia yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Tunku telah memperkenalkan pandangannya tentanc personaliti personaliti semasa dan juga ahli-ahli politik dengan begitu terus-terang. Ia akan menyebabkan ramai orang berasa malu. Dia memberikan sesuatu yang tidak diketahui sehingga sekarang berkenaan perspektif episod sejarah, contohnya, orang yang bertanggungjawab di sebalik peristiwa rusuhan 13 Mei 1969. Ini semua akan menarik minat pakar sejarah dan juga rakyat Malaysia kebanyakan. Meliputi keseluruhan insiden-insiden kehidupan yang dipenuhi warnawarni sejak dari zaman kanak-kanak sehinggalah persaraan beliau. Kenangan Tunku telah memperlihatkan kepada rakyat Malaysia satu potret peribadi Bapa Malaysia sebagai seorang putera yang menawan dengan perwatakan yang lebih kepada orang kebiasaan, melalui zaman yang berubah-ubah. Penerbitan ini pada keseluruhannya adalah merupakan satu penghormatan kepada K. Das, salah seorang penulis terbaik di Malaysia dan juga seorang pejuang keadilan. Dia lebih dikenali sebagai bekas Ketua Biro Far Eastern Economic Review dan penulis buku-buku politik yang terbaik jualannya termasuklah buku May Day For Justice, Questionable Conduct dan The Musa Dilemma.

Kandungan

Kata Aluan.

Pengenalan.

Bab 1. Mimpi Tunlcu.

Bab 2. Tunku Insan yang Hebat.

Bab 3. Kehidupan Awal Tunku.

Bab 4. Putera Raja.

Bab 5. Kakitangan Awam.

Bab 6. Tunku di Britain.

Bab 7. Pemimpin UMNO.

Bab 8. Merdeka.

Bab 9. Selepas Kemerdekaan.

Bab 10. Selepas Peristiwa 13 Mei.

Bab 11. Mahathir.

Rumusan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...